welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 26, 2011

Takdir ini Untukku....aKu pasrah Ya Tuhan...

Salam sume..Ase sebak sangat hari ni.Aku nak post kat fb tapi ase segan bila orang baca status aku yang aku ase x perlu aku post. Tanganku mengigil kala aku menekan keyboard lappy,mataku sebak menahan airmata dri mencurah keluar tiap kali aku menaip setiap ayat pada teratak ni..yee..aku sedih di kala aku ingatkan apa yang perlu aku lalui minggu ni..

Hari ni aku happy betul bila aku dapat jumpa kawan yang tersangat rapat dlm hidup aku.Sape dia?Dia ialah insan yang bernama ALHANA AWANG..Kawan yang sentiasa ada dikala aku sedih,suka ,senang malahan di kala luka..Setiap ayat yang terkeluar dri mulut aku akan dia ingat.Dia kawan terbaik n terhebat aku. Orang akan tau keakraban kami bila dia kenal insan yang bernama nik nurul nabila dan alhana awang. Setiap masalah yang kami kongsi akan jadi kecik bila salah seorang dari kami menghulurkan tangan untuk menbantu salah seorang bangun dari terus jatuh..Tu la erti persahabatan bagi kami. Kawan2 yang kenal aku n rapat ngan aku akan tau keakraban yang terjalin antara kau n ana.

Kami pernah berjanji untuk sama2 raikan saat kemenangan pengajian kami. Tapi sebak menguasai aku bila janji x dapat dipenuhi..hajat x kesampaian. Tapi aku happy bila aku ada n masih kuat di saat meraikan kemenagan dia hari ni.Ke mana jer aku pergi,aku akan terima msg dia.Dia tahu aku sedih n cuba utk kuat utk trus ada kat situ hingga selesai. Betul kata orang,setiap pertemuan pasti perpisahan menanti. Begitu la aku ase di saat aku hantar ana balik sampai kat kereta dia. Tapi hanya Tuhan saja yang tau,dikala aku dapat melihat kesedihan ana bila kami selesai bersalaman,sebab kami tahu.Ntah bila plak kami dapat jumpa balik.Aku x kuat untuk tunggu ana..Aku hanya mampu hantar setakat tu jer.Sedih sebab hanya TUHAN yang tau betapa aku hargai persahabatan akrab kami.Aku x penah ada kawan yang memahami aku seadanya macam ana. Dia la kawan,dia la tempat aku suka,dia la bahu utk aku menangis,dia mcm keluarga aku.

Kenangan dapat aku coretkan bersama ana bila dia sudi berkongsi kegembiraan bersamanya.Serius aku happy dapat tengok kegembiraan yang jelas pada pandangan aku di mata seorang kawan..Korang nk kenal kawan terbaik aku yang tiada galang gantinya..Ana diapit aku yang berbaju kuning n sebelah ana...??no komen..hehe..



Esok plak dugaan sekali lagi menanti aku bila aku terpaksa berdepan dengan benda yang sama bila aku hanya mampu melihat n menumpang ase gembira kawan2..dapat melihat tapi aku x dapat merasa kegembiraan tu. Dikala tu la,setiap wajah yang aku sayangi bermain di minda..umi abah.. maafkan ila sebab x mampu untuk tepati janji ila. InsyaAllah segalanya akan menjadi baik setelah peluang ke 2 masih berpihak padaku..

Bak kata kawan aku,'x slah kan ila apy utk kwn2'..betul gak tu..Aku terima segala qada dan qadar setiap langkah perjalanan hidupku.Cuma ketahuilah bahu yang memikul lebih sakit dari mata yang melihat,Aku cuba utk gembirakan hati aku dengan berbisik pada driku sendiri,akan tiba masanya utkkku merasa sume ini..

YA tuhan,aku tahu Kau tidak akan menguji hambamu jika hambamu tadak mampu utk lalui dugaanmu ini..Aku tau ENGKAU tidak akan menzalimi hambamu tetapi ENGKAU mengajar hambamu utk lebih bersyukur n agar hambamu sentiasa mengingatiMU..Bukan disaat susah malah dikala senang sekalipon. Apa sahaja takdirmu untukku,Aku pasrah YA TUHAN..... Cuba doaku,KAU kuatkan la hati hambamu ini..Letakkanlah aku dikedudukan yang benar..Aminn..

No comments:

Post a Comment