welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 11, 2012

Jangan Dicabar Perasaan Ini

Tengkingan kedengaran lagi,
Laungan berterbangan disegenap inci ruang halwa telinga.
Apa lagi selepas ini??
Menunggu masa 'perbicaraan' kosongnya undang-undang
Jari menjadi petualang, Jasad menjadi sasaran

Manusia masih manusia
Namun perasaannya?? Hampa.. Kosong segala
Bila ditegakkan kebenaran, salahnya yang dipertontonkan
Siapa kau untuk menebus segala kata aku??
Dicabarnya lagi perasaan ini!!

Diam menjadi jawapan, senyap menjadi hiasan, kebenaran disisihkan
Manusia masih manusia
Hatinya busuk, jiwanya jelik bergelar manusia
Maki dan hamun sebagai santapan, amarah dibiaskan
Dicabarnya lagi perasaan ini

Tekan tekan dan terus ditekan,
Manusia masih manusia
Sifatnya kontang dimamah perasaan hina sendiri
Yang salah dikatanya benar
Yang benar dibidasnya salah dan tetap salah!

Didihnya perasaan ini
Teriknya panas jiwa ini
Pedihnya rasa hati ini..
Jangan dicabar perasaan ini
MEMBERONTAK hilang pedoman
Sifat kemanusiaan Terus dinyah
Kukuhnya ego seorang manusia

Tolong.. JANGAN DICABAR LAGI PERASAAN INI..
Manusia tetap manusia.

+Satu ilham yang datangnya tanpa dijemput. Asalnya hidup bercorak warna. Kita pelukisnya. Ego dan sabar setiap manusia punya had dan batasnya. Siapa kita untuk menilai seseorang? Siapa kita untuk menidakkan rezeki seseorang?? Siapa kita untuk kita?? Renungan untuk diri sendiri sesungguhnya.


*Kepenatan balik dari kerja.
8.19pm (Ruang halaman syurgaku)

Thursday, March 8, 2012

Kosong Pengakhirnya...

Badan agak kepenatan. Mata agak layu bila masa tangan sedang asyik mengigit papan kekunci laptop. Apa pula kali ini?? Sebetulnya, suasana bilik yang agak sunyi dan diri yang agak terapung bersama persoalan yang punya tanda soal tiada penyudah. Apa yang aku rasa. Kosong. Kosong segalanya walhal mood yang memyelimuti rasa dan perasaan menerjah ke akal berlainan dari hari sebelumnya.

Pelik bukan.? Punya rasa tapi tidak punya bunga bahasa yang senonim untuk aku suarakan isi hati. Mungkin 'rasa' ini milik Allah. Dia tidak mengizinkan aku melantunkan 'rasa' yang utuh dipahat dlam hati yang paling dalam. Benarlah kata orang, segala apa yang kita rasa dan sedang nikmati cuma pinjaman dariNya. Pemiliknya adalah pemilik mutlak.

Aku cuba pinjam 'rasa' ini, untuk entri kali ini. Mungkin 'rasa' ini hampir sama dengan apa yang sedang aku nikmati. Aku cuba selongkar dari seganap pelusuk dalam diri agar 'rasa' ini lahir secara zahirnya. Dan akhirnya aku padankan dengan 'rasa' nikmatnya apa yang aku rasa.

Rasa yang belum pernah aku rasa. Rasa seperti mahukan ketenangan yang berpanjangan. Tapi siapa aku untuk menidakkan semua ini berlaku pada aku. Mungkin aku punya banyak kekurangan dan hinanya diri. Aku cuba lahirkan dari dalam diri aku yang kurangnya sikap amarah,bengis dan mudah melenting. Aku sudah jauh tinggalkan sikap yang pasti hanya akan merugikan aku. Tapi ikhlasnya, cebisan tu masih ada.

SEgala rasa yang aku terpaksa rasa tentunya pahit untuk aku sejujurnya. Tapi hanya satu doaku agar pahit yang aku rasa sekarang akan menjadi ubat untuk aku pada masa depan. Tiada manusia yang tidak pernah lakukan kesilapan. Belajar dari kesilapan dan mengaku kesalahan adalah jalan yang terbaik. Aku hanya aku dan tetap menjadi aku. Pahitnya aku telan, manisnya aku simpan. Bekalan untuk aku meniti titian jambatan kehidupan.

Aku cuba untuk terima apa yang diberikan untuk aku walaupun 'rasa'nya yang pahit. SEgalanya aku terima dan aku mohon diberikan kekutan dan semangat untuk aku tempuhi segalanya ini. Rahsia tetap rahsia dan akan tetap terpahat kukuh menjadi satu rahsia pada aku selamanya walaupun 'rasa' ini cuba aku padankan dengan ayat yang agak sama dengan 'rasa' yang sedang aku rasa. Percaturan dunia.. Segalanya manusia. Namun bukan hingga penghujung.

Wallahualam.. Wassalam...

Tontonan Sikap Manusia

Saat dan ketika aku mencoret entri kali ini, minda aku kosong sejujurnya. Macam mana aku nak mulakan entri kali ni dan apa kesudahan entri kali ini. Apa intipati entri aku ni. Sikap?? Atau manusia?? Atau menjadi tontonan akhirnya. Pelik bukan. Ni la yang aku katakan siapa manusia untuk manusia?

Diri kita dijadikan bahan uji kaji atau bahan lawak atau bahasa kasarnya barang yang diperbodohkan. Siapa?? Insan yang dilahirkan sempurna sifatnya kecuali sifat prihatinnya sesama manusia. Jelik aku bila memikirkan manusia spesis macam tu. Tapi inilah manusia. JIka punya akal tapi tidak dimanfaatkan, senonimnya kita seperti kejadian Allah swt yang dijadikan punya otak tapi tidak punya akal. Sama?? Tepuk dada tanya selera masing - masing.

Sikap?? Manusia?? Satu perumpamaan yang agak dekat. Bila dikaitkan dengan manusia akan dikaitkan sekali dengan sikap manusia. Tapi waspada. Sikap dan manusia ni boleh berubah watak dan warnanya dalam diri seorang individu sahaja. Depan baik. Segalanya okey! Tak apa! Belakang, cacian! Maki hamun! Umpatan! Kejian! Terlalu keji manusia ini kan.?

Fikir + renung + iktibar. Sempurnakah aku?? Terbaikkah aku?? Jika soalan ini diajukan pada aku, inilah jawapn jujur lahir dari hati insan yang serba kekurangan ini. 'Aku tidak mungkin akan menjadi sempurna jika tiada yang menyempurkan aku. Dan aku bukan yang terbaik, tapi aku hanya yang termampu!

Wallahualam... Wassalam....

Tuesday, March 6, 2012

Khayalan Jelmaan

Waktu dan ketika.. Saat dan masanya aku menaip entri kali ni, sejujurnya lahir dari hati, aku sangat SERABUT. Tak dapat aku menulis sejak beberapa minggu ni. Bila masa pen dan kertas di tangan, siap sedia untuk memulakan alunan bahasa yang sempurna, terbatas segalanya. Dammn!!

KAdang - kadang hidup ni ibarat satu permainan. Kita sedaya mungkin untuk menakluki permainan tu tapi setiap langkah dan corak kita diperhati sehingga satu ketika akhirnya satu ungkapan terpampang di skrin, GAME OVER!! Aku rasa kehidupan pun seiras acuan permainan buatan manusia. Segalanya seperti acuan daripada manusia. Hebat bukan??

Aku cuba dambakan hati dan sepenuh hati aku untuk diberikan nikmat kekuatan dan semangat yang kuat dalam aku meniti titian halus kehidupan. Segalanya tersedia untuk aku. Cuma jalannya yang perlu aku pilih. Siapa aku untuk masa depan?? Siapa aku pada aku?? Itu persoalan tepat untuk aku sendiri bila masa aku sendiri tidak punya jawapan yang tepat.

+ Maaf. Bila keadaan tidak mengizinkan.. Akal tidak dapat berfungsi dengan jayanya. Tersekat dengan seribu jalinan kehidupan yang tidak punya kesudahan. Segalanya tunggang langgang,, Porak peranda...

Wallahualam... Wsalam...