welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 19, 2013

Sebelum.....

Hadap PC.. Rabak otakku tika ini.. Melihat aku disebalik limbasan cahaya pada skrin PC aku sendiri.. Ooo.. Ini diri aku sekarang.. Terbentuk satu sifat lain dari kelainan yang pernah tertanam dalam diri aku.. Apa itu??

 Sifat dan perangai..

Aku sebelum Jingga.. hitam mungkin.. Belek semula diari yang pernah jadi tatapan semua.. Jauhnya aku sekarang.. Pengalaman mengubahku..

Dasarnya nampak cetek.. Luarannya tampak sempurna.. Percayalah hatinya rabak dan berdarah lencun.. Jangan tertipu..

Aku hari ini?? Mungkin esok aku perlu menatap buat sejuta kalinya aku di cermin.. Tanya aku siapa aku...

Jauhnya aku berlari dan mendaki.. Gayat dengan masalah yang tak pernah dijemput.. Aku redha.. Ini bekalanku.. Aku terima..

Aku sebelum jingga.. Aku sebelum hadirnya pelangi indah.. Aku sebelum..........

Mungkin aku selepas sebelum ini...


Selasa , 10.55am



Friday, June 29, 2012

Tersusun Susunan

Kayanya harta megahnya diri
Miskinnya sopan kontangnya keperibadi
Susunan hidup tersusun cantiknya 
Mana hala tuju yang harus dituju
Mana?? Mana??

Katanya orang tidak diendah
Pesannya orang bagai angin yang tidak berpenyudah
Bisikan hati disalah erti
Bisikan syaitan menguasai segenap diri
Inilah susunan manusia tercipta sendiri

Berpengkalan berlandaskan nafsu 
Himpunan akal berteraskan bisikan
Megahnya permainan dunia manusia
Hanyut dalam gelombang kebodohan sendiri
Malunya.. Segannya.. tiada erti
Modennya manusia......

Dicipta tersusun cantik landasannya
Diubah robek segala
Manusia semakin moden
tapi....
Penghujungnya.... Pengakhirnya....
Mundurnya akal diguna tidak

Malu sendiri pada diri
Tertanggung tidak, terluah tidak
Gelombang kemodenan kemunduran sejagat
Terserlah susunan tersusun hidup modennya manusia....



## Kali ini sambil ber BBM sambil keluarkan idealogi.. Permulaannya hanyalah terbaca satu perkataan "susunan".. tercipta satu susunan ideologi ini. Mundurnya kita dalam dunia kemodenan manusia sekarang ##

Wallahu'alam.... Wassalam..... 


Hadapan laptop
11:21 pm (29 Jun 2012)

Tuesday, April 24, 2012

Pelukis Terhebatkah???

Fuhh.. Boleh tahan berhabuk debu blog aku ni. Hahaha. Dah lama tak update kan?? sebenarnya tak ada cerita yang menarik untuk aku kongsikan. Tiada warna yang sesuai yang nak aku lakarkan pada kertas kehidupan aku. Apa saja yang terjadi aku cuba untuk terima seadanya.

Macam mana hari ni rasa nak update ek?? Tu rasa yang aku dah lama pendamkan. Mungkin hari ni aku cuba padankan warna yang padan pad lukisan kehidupan aku. Aku bukanlah pelukis yang hebat sebenarnya. Lukisan kehidupan aku bertali aruskan takdir yang ditentukan Illahi. Aku cuba 'cantikkan' lukisan itu sahaja.

Aku tak mampu sebetulnya untuk terus membenarkan jari aku menggigit papan kekunci laptop aku ni. kerna, ini adalah hidup aku. Setiap seorang dari kita ditakdirkan untuk menjadi pelukis, dan kitalah pelukis terhebat dalam kehidupan peribadi kita. Cubalah.. Korang akan rasa apa yang aku rasa.



++ Aku tak atahu apa yang aku taip. Taip berdasarkan logiknya akal aku. Sebab disitulah titik mula dan noktahnya kita sebagai pelukis. Anda faham?? Alhamdulillah... Jika tidak, tepuk dada tanya hati masing-masing. Apa yang kamu impikan dalam hidup kamu dan lakarlah ia. Jadilah pelukis terhebat untuk kehidupan sendiri. :) ++

Sunday, March 11, 2012

Jangan Dicabar Perasaan Ini

Tengkingan kedengaran lagi,
Laungan berterbangan disegenap inci ruang halwa telinga.
Apa lagi selepas ini??
Menunggu masa 'perbicaraan' kosongnya undang-undang
Jari menjadi petualang, Jasad menjadi sasaran

Manusia masih manusia
Namun perasaannya?? Hampa.. Kosong segala
Bila ditegakkan kebenaran, salahnya yang dipertontonkan
Siapa kau untuk menebus segala kata aku??
Dicabarnya lagi perasaan ini!!

Diam menjadi jawapan, senyap menjadi hiasan, kebenaran disisihkan
Manusia masih manusia
Hatinya busuk, jiwanya jelik bergelar manusia
Maki dan hamun sebagai santapan, amarah dibiaskan
Dicabarnya lagi perasaan ini

Tekan tekan dan terus ditekan,
Manusia masih manusia
Sifatnya kontang dimamah perasaan hina sendiri
Yang salah dikatanya benar
Yang benar dibidasnya salah dan tetap salah!

Didihnya perasaan ini
Teriknya panas jiwa ini
Pedihnya rasa hati ini..
Jangan dicabar perasaan ini
MEMBERONTAK hilang pedoman
Sifat kemanusiaan Terus dinyah
Kukuhnya ego seorang manusia

Tolong.. JANGAN DICABAR LAGI PERASAAN INI..
Manusia tetap manusia.

+Satu ilham yang datangnya tanpa dijemput. Asalnya hidup bercorak warna. Kita pelukisnya. Ego dan sabar setiap manusia punya had dan batasnya. Siapa kita untuk menilai seseorang? Siapa kita untuk menidakkan rezeki seseorang?? Siapa kita untuk kita?? Renungan untuk diri sendiri sesungguhnya.


*Kepenatan balik dari kerja.
8.19pm (Ruang halaman syurgaku)

Thursday, March 8, 2012

Kosong Pengakhirnya...

Badan agak kepenatan. Mata agak layu bila masa tangan sedang asyik mengigit papan kekunci laptop. Apa pula kali ini?? Sebetulnya, suasana bilik yang agak sunyi dan diri yang agak terapung bersama persoalan yang punya tanda soal tiada penyudah. Apa yang aku rasa. Kosong. Kosong segalanya walhal mood yang memyelimuti rasa dan perasaan menerjah ke akal berlainan dari hari sebelumnya.

Pelik bukan.? Punya rasa tapi tidak punya bunga bahasa yang senonim untuk aku suarakan isi hati. Mungkin 'rasa' ini milik Allah. Dia tidak mengizinkan aku melantunkan 'rasa' yang utuh dipahat dlam hati yang paling dalam. Benarlah kata orang, segala apa yang kita rasa dan sedang nikmati cuma pinjaman dariNya. Pemiliknya adalah pemilik mutlak.

Aku cuba pinjam 'rasa' ini, untuk entri kali ini. Mungkin 'rasa' ini hampir sama dengan apa yang sedang aku nikmati. Aku cuba selongkar dari seganap pelusuk dalam diri agar 'rasa' ini lahir secara zahirnya. Dan akhirnya aku padankan dengan 'rasa' nikmatnya apa yang aku rasa.

Rasa yang belum pernah aku rasa. Rasa seperti mahukan ketenangan yang berpanjangan. Tapi siapa aku untuk menidakkan semua ini berlaku pada aku. Mungkin aku punya banyak kekurangan dan hinanya diri. Aku cuba lahirkan dari dalam diri aku yang kurangnya sikap amarah,bengis dan mudah melenting. Aku sudah jauh tinggalkan sikap yang pasti hanya akan merugikan aku. Tapi ikhlasnya, cebisan tu masih ada.

SEgala rasa yang aku terpaksa rasa tentunya pahit untuk aku sejujurnya. Tapi hanya satu doaku agar pahit yang aku rasa sekarang akan menjadi ubat untuk aku pada masa depan. Tiada manusia yang tidak pernah lakukan kesilapan. Belajar dari kesilapan dan mengaku kesalahan adalah jalan yang terbaik. Aku hanya aku dan tetap menjadi aku. Pahitnya aku telan, manisnya aku simpan. Bekalan untuk aku meniti titian jambatan kehidupan.

Aku cuba untuk terima apa yang diberikan untuk aku walaupun 'rasa'nya yang pahit. SEgalanya aku terima dan aku mohon diberikan kekutan dan semangat untuk aku tempuhi segalanya ini. Rahsia tetap rahsia dan akan tetap terpahat kukuh menjadi satu rahsia pada aku selamanya walaupun 'rasa' ini cuba aku padankan dengan ayat yang agak sama dengan 'rasa' yang sedang aku rasa. Percaturan dunia.. Segalanya manusia. Namun bukan hingga penghujung.

Wallahualam.. Wassalam...

Tontonan Sikap Manusia

Saat dan ketika aku mencoret entri kali ini, minda aku kosong sejujurnya. Macam mana aku nak mulakan entri kali ni dan apa kesudahan entri kali ini. Apa intipati entri aku ni. Sikap?? Atau manusia?? Atau menjadi tontonan akhirnya. Pelik bukan. Ni la yang aku katakan siapa manusia untuk manusia?

Diri kita dijadikan bahan uji kaji atau bahan lawak atau bahasa kasarnya barang yang diperbodohkan. Siapa?? Insan yang dilahirkan sempurna sifatnya kecuali sifat prihatinnya sesama manusia. Jelik aku bila memikirkan manusia spesis macam tu. Tapi inilah manusia. JIka punya akal tapi tidak dimanfaatkan, senonimnya kita seperti kejadian Allah swt yang dijadikan punya otak tapi tidak punya akal. Sama?? Tepuk dada tanya selera masing - masing.

Sikap?? Manusia?? Satu perumpamaan yang agak dekat. Bila dikaitkan dengan manusia akan dikaitkan sekali dengan sikap manusia. Tapi waspada. Sikap dan manusia ni boleh berubah watak dan warnanya dalam diri seorang individu sahaja. Depan baik. Segalanya okey! Tak apa! Belakang, cacian! Maki hamun! Umpatan! Kejian! Terlalu keji manusia ini kan.?

Fikir + renung + iktibar. Sempurnakah aku?? Terbaikkah aku?? Jika soalan ini diajukan pada aku, inilah jawapn jujur lahir dari hati insan yang serba kekurangan ini. 'Aku tidak mungkin akan menjadi sempurna jika tiada yang menyempurkan aku. Dan aku bukan yang terbaik, tapi aku hanya yang termampu!

Wallahualam... Wassalam....

Tuesday, March 6, 2012

Khayalan Jelmaan

Waktu dan ketika.. Saat dan masanya aku menaip entri kali ni, sejujurnya lahir dari hati, aku sangat SERABUT. Tak dapat aku menulis sejak beberapa minggu ni. Bila masa pen dan kertas di tangan, siap sedia untuk memulakan alunan bahasa yang sempurna, terbatas segalanya. Dammn!!

KAdang - kadang hidup ni ibarat satu permainan. Kita sedaya mungkin untuk menakluki permainan tu tapi setiap langkah dan corak kita diperhati sehingga satu ketika akhirnya satu ungkapan terpampang di skrin, GAME OVER!! Aku rasa kehidupan pun seiras acuan permainan buatan manusia. Segalanya seperti acuan daripada manusia. Hebat bukan??

Aku cuba dambakan hati dan sepenuh hati aku untuk diberikan nikmat kekuatan dan semangat yang kuat dalam aku meniti titian halus kehidupan. Segalanya tersedia untuk aku. Cuma jalannya yang perlu aku pilih. Siapa aku untuk masa depan?? Siapa aku pada aku?? Itu persoalan tepat untuk aku sendiri bila masa aku sendiri tidak punya jawapan yang tepat.

+ Maaf. Bila keadaan tidak mengizinkan.. Akal tidak dapat berfungsi dengan jayanya. Tersekat dengan seribu jalinan kehidupan yang tidak punya kesudahan. Segalanya tunggang langgang,, Porak peranda...

Wallahualam... Wsalam...

Monday, February 6, 2012

Kepenatan Menggila

Dah berapa hari tak update blog ni kan. Ni semua sebab kepenatan lepas balik dari keja. Keja sampai pukul 7, so malam semestinya waktu untuk aku rehatkan badan dan minda yang dah kepenatan bila seharian digunakan tanpa henti.

Kerja punya kerja ni untuk aku dapatkan pengalaman walaupun hakikat sebenar aku paling tak suka mengira dan angka ni. Walaupun juga aku sememangnya aku aliran akaun time sekolah molah dulu. Tapi dah lama aku tinggal so nak kena refresh semua tu balik dan belajar balik!! Oh noooo!!!

Disebabkan kepenatan bekerja jugak la masa untuk aku luangkan bersama buku untuk meratah dan meneroka setiap inci perkataan jugak terbatas. Mungkin awal-awal memang inilah tindak balas refleksnya. Bila aku dah biasa dengan semua ni, insyaAllah penat dan lelah ni dapat dikurangkan.

Okey la. Mau out dulu, InsyaAllah seterusnya entri akan menyusul kemudian.

Walallahualam.. Salam

Thursday, February 2, 2012

Miskin ini milik aku

Tersengguk...
Arrrrgggggghhhh!!!
Mengelamun lagi bagai lupa dunia
Mengelamun lagi bagai menjadi peneman hariku kini
Membina tembok khayalan sendiri

Apa dibenakku.. Apa difikiranku?
Inilah sentuhan khayalan jelmaan
Mencuit sedikit dari hati yang paling dalam
Miskinnya aku.... Ohhhh

Aku punya ramai peneman kala aku gembira
Aku dikelilingi saat kaya mencurah
Aku disanjungi tika kekuasaan mengganas
Aku dijulang tika masa gahnya nama di atas
Aku diperlukan bila perlu.

Namun... Miskinnya aku kala kedukaan menyelimutiku.
Miskinnya aku Kala kesedihan melilitku
Miskinnya aku Kala kesunyian menyelubungiku.
Miskinnya aku Kala kesepian menghantuiku
Miskinnya aku Kala keseorangan menjadi penemanku

Alpa!! Bongkak!! Sombongnya aku tika punya harta seluas lautan
Kalanya aku miskin dengan kemegahan persaudaraan
Miskinnya aku...

Miskinnya aku dalam lautan luas manusia
Miskinnya manusia dalam keperibadian manusia
Inilah kehidupan dunia digital berpenghuni analog
Sendirian.. Sendirian dan sendirian lagi...


+ Idea menghempap saluran pintas IQ di tempat kerja bila aku selesai buat kerja mengira. Sambil mata melilau mengira bilangan kereta yang melintas depan mata tanpa jumlah yang sebetulnya, idea dicabut sedikit demi sedikit dari simpanan gerabak idealiti sendiri. Mungkin ini bukan yang terbaik tapi ini yang termampu. Dan aku cuba untuk menjadi yang terbaik bukan untuk orang lain tapi sekadar saguhati bagi hiasan untuk diri sendiri.

Walallahualam.... Salam.... :)

Tuesday, January 31, 2012

Sejenak Aku

Tika aku bingkiskan suara hati ini

Mindaku kosong..tanganku terhenti..aku terdiam seketika..

Terdetik sejenak… sedar akan pengorbananmu mencataskan segala pameran tulisan ini..

Namun..dengarilah bisikan suara hati ini melalui kata-kata terbukti.


Abah…

Saat aku mula menggenal dunia, kau sambutku dengan sejuta suara senyumanmu

Saat aku mula bertatih.. kau perhati setiap inci gerakku..

Saat aku mula mengorak langkah..

Kebimbanganmu mula berbisik

Melodi kerisauan mula melantunkan iramanya..

Sedar..anak kecilmu dulu..kini meniti perjalanan kedewasaan..


Kini..aku berdiri di hadapanmu..

Inilah aku... hasil didikanmu..berkat teguranmu..iringan doa dan restumu…

Aku mula bertatih meniti kehidupan hakiki duniawi

Kau masih setia menjadi pendamping tegar setiap sisi kanan dan kiri..

Menjadi petunjuk tika aku dipersimpangan jalan kehidupan

Kau hulurkan tangan saat aku tersungkur meniti titian jambatan kejayaan

Menghayunkan kakimu untukku agar aku terus melangkah

Memecah benteng penghalang kejayaan… melawan ombak pemusnah impian..


Abah…

Tika di awal kelahiranku, ibu menyusukanku

Saat akhir aku di bawah naungan payung belaian kasih dan jagaanmu…

Kau bakal mewalikan aku…

Menjadi penggantimu tempat untukku berlindung dan berteduh selamanya


Abah…

Terima kasih atas amarahmu..

Terima kasih atas naungan kasih sayangmu

Terima kasih atas pengorbananmu..

Terima kasih atas didikanmu..

Menjadi bekalan untukku meniti jambatan kehidupan hakiki


Maafkan aku jika aku berbuat salah

Maafkan aku jika aku mencabar sabarmu

Maafkan aku kerna tidak mampu menjadi anak impianmu

Maafkan aku untuk segalanya.

Ketahuilah aku masih seperti anak kecil, bisa lemas dengan kemegahan duniawi

Terkapai-kapai tanpa nasihat dan teguran ikhlasmu.


Kau hanya satu..

Tidak mungkin punya galang gantinya

Kaulah perwira sebenar

Kaulah pejuang terbilang

Kaulah akar kehidupan hakiki sang isteri

Kaulah pendamping tegar putera dan puteri…Kaulah segalanya…


+Sebetulnya tiada kata-kata indah dan tiada ungkapan bahasa untuk aku seiringkan dengan pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya. Aku hanya meluahkan apa yang berlegar di segenap tempat di minda dan hati aku dan lakarkan tulisan ini melalui idealogi spontan. Masih belum mempunyai tajuk yang khusus untuk sajak ini. Harap semua dapat memahami sajak ini.