welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 29, 2011

say Good Bye to 2011!!

Selamat tinggal 2011. Terima kasih atas pengalaman yang telah tersedia yang telah aku lalui. Pelbagai pahit manis aku hadapi. Pengalaman pahit aku jadikan sebagai semangat untuk aku mulakan dengan keyakinan dan semangat yang berbeza. Apa yang aku lalui akan aku jadikan pendorong untuk aku agar kepahitan dan kelat yang terpaksa aku telan tidak akan berulang buat kali kedua atau kali ketiga.

Pengalaman manis? Mestilah ada. Tidak semua yang aku lalui pada tahun yang bernombor 2011 ini pahit dan kelat. Ada manisnya yang tersedia iuntuk aku. Seperti yang dijanjikan olehNYA, pada sesiapa hambanya yang diuji bermaknan hambanya ini disayangiNYA. Aku bertuah bukan? PAhit yang Illahi sediakan untuk aku pada dasarnya memang tak tertanggung beratnya dek bahu, tak terfikir dek akal yang waras. Tapi segalanya aku lalui dan akhirnya, inilah aku pada hari ini. Tangis tawa aku, ku pahat kukuh dalam diari hidupku.

Apa yang aku harapkan agar apa yang aku lalui pada tahun ini menjadi pemangkin dan panduan untuk aku mulakan kehidupan di dunia sebenar. Untuk aku menjadi manusia sebetulnya manusia. Segalanya terpulang pada aku sendiri untuk mencipta siapa aku. Azam baru yang dipahat tidak akan menjadi realiti tanpa sebarang usaha dari aku sendiri. Right? Aku doakan agar apa yang aku impiakan pada tahun bernombor 2012 dan seterusnya will be comes true.. Wassalam.....



MuasabahDiri.HiasiPeribadi --- Kenikmatan sesebuah kejayaan akan dapat dirasai nikmatnya apabila disertakan dengan usaha, keikhlasan dan ketaqwaan padaNya.

Tuesday, December 27, 2011

Titik Noktah

Siapa kita selepas titik noktah? Apa maksud dengan titik noktah itu sendiri? Sedarkah kita dengan kelalaian duniawi atau kita masih terpinga - pinga mencari kebahgiaan hakiki? Persoalan sentiasa berlegar dalam 'komputer' ciptaan Illahi. Apabila persoalan sentiasa menghantui kita, percaturan perlu dilunaskan bagi mencari dan menjejaki kebahagiaan impian.

Sebenarnya tidak semestinya hanya itu yang perlu kita 'iramakan' dalam kotak fikiran kita. Arus kehidupan yang sedang kita lalui dan jalani ini juga memerlukan titik noktah. How can i expain?? Apa yang sedang bermain di minda aku ni adalah satu perkataan yang tersangat simple tapi aku nak coretkan disini untuk dikongsi bersama adalah tersangat sukar bagiku.

Apabila kita melalui satu persatu kenikmatan dugaan yang tersedia untuk kita, apa yang sentiasa kita fikir ialah "BILALAH SEMUA INI MAHU BERAKHIR? Right? Sebenarnya bagi pandangan aku sendiri pengakhiran bagi sesuatu cerita atau 'sketsa' bagi dugaan yang kita tempuhi ini adalah permulaan lembaran baru pada kehidupan kita yang seterusnya. So, apa yang kita perlu untuk membuka lembaran baru itu? TITIK NOKTAH!! Right??

So, jalanilah kehidupan kita dengan secermat mungkin. Bagi aku sendiri, tahun 2011 memberi aku seribu satu pengalaman manis dan pahit. Namun aku gagahkan untuk menelan segalanya walaupun kelat ku rasa pahit menanti. Sokongan, dorongan, restu, kekuatan dan semangat sentiasa menjadi milikku selagi insan yang sentiasa menjadi pendamping tegarku keluargaku.

Bagi insan yang pernah aku sakiti atau menyakiti, aku hanya mendoakan kamu bahagia seadanya kerana bagiku cerita kita hanya sejarah. Percayalah aku telah titipkan satu noktah untuk sejarah kita. Mustahil untuk aku berpaling dan memadam titipan noktah tu. Dalam masa yang sama aku hargai apa yang pernah kau korbankan untukku. Sekarang aku buka lembaran baru dan karangkan satu cerita baru untuk kisahku. Wassalam.



MuasabahDiri.HiasiPeribadi --- Segala yang tercoret disini adalah pengalaman yang pernah aku lalui. Bukan niat untuk membuka pekung didada jauh sekali menjaja yang tidak sepatut. Tapi apa yang lalui ini diadaptasi dengan penulisan yang bebrbeza. Kerana INILAH AKU. :)

Sunday, December 18, 2011

Percaturan Dunia & Angkara Manusia..

Salam semua. Malam masih muda kala aku menaip entry untuk kali ini. Entry kali ini adalah secalit idea yang terkeluar dari 'komputer' ciptaan I'llahi. Entahlah.. Hati senangkan bila kita rasa disayangi, dirindui dan seangkatan dengannya. Namun, persoalannya layakkah kita untuk menerima semua ini? Layakkah untuk disayangi? Layakkah aku unuk dicintai seperti insan lain??

Masih terdengar-dengar lagi kata-kata seseorang padaku satu masa dulu. Aku tak layak untuk disayangi oleh mana-mana lelaki.. Hahaha. Bila diingatkan semua tu, ase takut untuk memulakan salam perkenalan dengan mana-mana lelaki. Takut aku tak layak untuk lelaki yang baik.

Diulit rasa cinta dan kasihkah aku sekarang? Aku sendiri tak ada jawapan pada semua tu. Namun rasa sedikit tersentuh dan terharu bila kita dapat tau kita dirindui. Namun, setiap kali rasa bahagia tu menyapa hati kecilku, hanya satu yang bermain dan menjadi tanda tanya untuk aku sendiri.. Tidak serikkah aku untuk memulakan perkenalan sekalian kalinya lagi?? Bukan senang untuk memahami seseorang, bukan senang untuk mengenali hati budi seseorang. Banyak fasa yang perlu aku lalui dan kesudahannnya aku kecewa. Wahh.. Inilah percaturan kehidupan. Yang lemah selalu ditindas.. Dan siapa yang lemah itu?? Kaum HAWA. Inilah satu lagi permainan dunia. Perjanjian yang dibuat oleh manusia sendiri pada dasarnya. Hebat bukan permainan manusia. Sangat hebat.


Padaku, jika benar dialah lelaki tu, aku berserah. Biar la aku dapat kenal dia dan aku terima seadanya dia dan dia dapat terima baik dan buruknya aku. Doaku, berikanlah aku lelaki dan sahabat yang benar-benar untukku. BUkan lelaki yang hanya tahu mempermainkan hati perempuan dan bukan sahabat yang hanya memerlukan aku dikala susah.



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Sesungguhnya Allah telah menjanjikan percaturan yang terbaik untuk hambanya. Dan tidak pernah sesekali Allah menzalimi hambanya dengan musibah dan dugaan yang tidak mampu dipikul hambanya.


Wednesday, December 14, 2011

Kasih Yang Tercipta?

Kasih yang tercipta untuk kita adalah perkara subjektif. Siapa, mengapa, bila dan bermacam persoalan terawang-awang di kotak fikiran kita. Kalau la kita boleh tengok persoalan yang berlegar tu dengan mata kasar kita aku rasa bertambah tekanan untuk hidup. Segalanya yang diciptakan oleh Yang Esa sudah termaktub 'cantik' alirannya.

Kasih yang tercipta untuk kita dicipt an terciptada dari pelbagai sudut. KAsih kita pada Maha Pencipta. Ia kasih yang hakiki. Kasih yang kekal abadi. Kasih kita pada keluarga. Kata orang kasih pada ibu bapa membawa ke syurga.

Kasih kita pada sahabat, teman, kawan dan sebagai. Kasih yang tercipta untuk keadaan dan situasi ini kasih yang memerlukan 'penglihatan' yang tajam agar kita tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.

Tak kisah la kasih itu untuk siapa, terpulang pada kita untuk menilai kasih yang dianugerahkan untuknya. Kasih ini perlu untuk kita meneruskan kehidupan kerana kita tak mampu hidup yang penuh dengan kebencian.



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Kasih yang dianugerahkan untuk kita tidak semestinya kasih sementara namun tidak sewajarnya kita meletakkan kasih itu di tempat tertinggi kecuali kasih padaa Illahi kerana itulah kasih yang kekal abadi. Sama-samalah kita jadikan sebagai renungan.

Sunday, December 11, 2011

Aku Merdeka!!

Salam sume..Entry yang ke-3 untuk tarikh yang sama tapi masa yang berlainan. Nak share berita gumbira ni. Hahaha. Apa lah sangat tapi tak apalah agak-agak aku rajin menaip dan mengadap laptop ni apa salahnya aku post entry terbaru untuk cerita yang baru. hehe

Akhirnya aku berjaya. Berjaya? Berjaya tamatkan pengajian diploma aku. Tidaklah cemerlang tahap yang tertinggi tapi untuk diri aku sendiri ini 1 kejayaan yang mana inilah usaha aku dan inilah hasil yang aku peroleh. Tidaklah sesenang yang dijangka sebenarnya bila kita di nak tamatkan apa yang kita mulakan. Jadi inilah penamat untuk aku bagi fasa ini tapi permulaan untuk hidup yang baru dan cabaran serta suasana yang baru Bersedia ke aku?? Biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Pada aku, hanya keyakinan yang jitu,usaha dan restu menjadi bekalan untuk aku meneruskan fasa seterusnya.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan sejuta terima kasih pada semua yang sentiasa disisi terutamanya kepada umi abah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku. Tidak dapat dinafikan, restu mereka adalah kunci kejayaan aku. Pada kedua adik beradik yang tersayang. Kasih sayang dari kak ya dan adik iwan sememangnya kekuatan untuk ila. Terima kasih. Percayalah, ini semau untuk mereka. Tiupan kasih dan sayang pada kelurgaku akan sentiasa menjadi milik mutlak mereka. Mereka tiada galang gantinya.

Pada teman-teman yang sentiasa bertanyakan khabar berita dariku. Walaupun jauh namun bukanlah 1 benteng penghalang untuk menjalinkan ukhwah yang tersedia. Sikap give and take mereka perkenalkan pada aku. Terima kasih sebab memahami dan sentiasa mengambil berat. Secara keseluruhan, terima kasih pada semua. Aku happy dan gembira sangat.hehe



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Siapa pun kita hari ini, permulaannya ialah dari restu ibu dan bapa. Siapa pun kita esok hari pengakhirnya adalah dari doa ibu dan bapa. Pendek kata, sebesar mana darjat kita, setinggi mana kita diangkat, ingatlah dimana permulaan segala ini kerana untuk mempertahankan sesuatu adalah lebih sukar daripada mendapatkan sesuatu.

"Salam.. Boleh Berkenalan"?

Salam semua. Selamat pagi. Masuk minggu baru dah kita yer. Tika tangan giat menekan keyboard ni, aku diulit rasa bosan sebab duk sorang-sorang kat rumah. Waaaa.. :(. Tapi tak apalah, nasib baik blog ni ada penganti teman. hehe. Pagi ni aku nak post perihal manusia yang terlalu suka menganggu keamanan dan keharmonian hidup orang lain. Suka hati u jer kan nak buat apa. Apa ingat u tu siapa yang i nak kisah sangat.

Hahaha. Pening ke? Tak apa yak payah la pening. Ni saja nak buat statement kat blog sendiri. Semalam lepas je aku off facebook, tetiba.. Tet..tet.. (mesej masuk). Ada sornag makluk Allah yang tidak aku kenal siapa, dari mana nak kemana,mesej aku.

Antara mesej yang dikirim si majnum entah dari pelusuk gua mana:

majnum: Salam. Hai awak. Boleh nak berkenalan?

aku: tak balas pun. cuma dalam hati rasa menyampah dah. Dah la no private aku. Lagi la aku tak suka orang yang spesis ni mesej nombor tu. Tapi sms diterima lagi sekali.

majnum: awak dah tdo yer? Awalnya awak tdo. Sudi tak saya nak kenal awak ngan lebih dekat lagi. Awak single lagi kan?


*Mesej tak dilayan.. Tapi dia call pulak. Memang agak rendah sikap dan sifat orang malaysia dia ni. Tak ada masa aku nak melayan orang macam tu. BAzir ait liur jak bercakap dengan spesis ni. Ayat macam skrip KL Gengster jak aku rasa.hahaha*

Sebetulnya spesis ni memang tak reti bahasa kot. Dah tengok jam pukul berapa. Bukannya waktu negara Jepun kau mesej aku. Waktu Malaysia. Waktu orang nak tdo. Bukan waktu orang nak menghulurkan salam perkenalan. Nak kenal aku lebih dekat konon, jauh pun tak nampak langsung. Dah nak dekat-dekat bagai.

Nape yer lelaki ni sama jer. Senang sangat la nak berkawan pastu senang-senang tinggal. Ingat apa? Motor kapcai ke kitaorang ni. Nasib baik tak kena maki. Kalau kena maki semalam kan kau boleh buat 'bantal' untuk tidur. Arrggghhh. Spesis yang makin bertambah sekarang ni. Tak payah nak kenal-kenal la. Langsung tak berminat. Adoiii tokkkk...hehe




MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Hormati privacy orang lain jika nak orang hormat privacy kita. Senang cakap, jaga diri kita dulu sebelum kita nak jada orang lain. Jadi pemimpin untuk diri kita dulu sebelum kita memimpin orang lain. Hidup ini mudah jika kita memilih untuk permudahkannya namun akan menjadi sukar jika kita sendiri memilih jalan kesukaran. Yang penting fikir sebelum kita bertindak.!

Ketenangan milikku..

Salam semua... Alhamdulillah masih diberikan kesejahteraan kesihatan untukku. Hari yang penuh dengan seribu cahaya sinar baru. Permulaan yang baik untukku dan aku mengharapkan perasaan yang sama dipengakhirnya. InsyaAllah.. Apa yang aku nak post untuk entry kali ni.?? Sama-sama kita saksikan. Aku terima sms daripada kenalan rapat aku di poli. Maybe dia tau apa yang jadi kat aku. Haha.. Ntah dari mana sumber bagitahu dia.Tak kisah la.Benda dah jadi.. Right?? Nak kenang pun makan diri. Tapi yang boleh buat aku tersenyum sendiri bila dapat sms yang pada aku, aku tau niat murni kenalan aku n. Ambik berat mungkin?? Tapi cara dia memulakan text buat aku tersenyum seorang.

Antara petikan text yang dikirim dan diterima :

kenalan : salam ila. saya tau da sal awak ngan dot dot. sabar la ila. tak g**n punya laki. Tak cukup sorang. Geram la saya dengan laki mcm tu.

aku : wsalam..haha..xpa la _____..saya x sedih pn sebtolnya. Cuma kesal la dengan apa yg dia buat. X kisah la_____.. Janji dia bahagia. Saya x nak la pk sal ni ag da..

kenalan : awak biar btol. xkan awak x ase sakit hati??

aku : saya ni manusia n pmpuan. sakit 2 mmg da. Tapi biarlah. Dia lebih bhgia ngan tunang dia skunk. Pejam mata pekakkan telinga jah la. Dop g2 awk eh? hahaha

kenalan : x berubah la budok ni. dari kecik sapa ko tuo. Macam x dop pasaan.. Padahal jerik sore.

aku : mana ada. Matang doh kea. Awak ni gak. Saya ok jah. Bereh. X cekak nak senyum doh.

kenalan : Bukan baru 2 hari saya kenal awak ila. Dah bertahun2 doh. Pehe sgt doh ngan pngai awak.

aku: hommmlaaa...tapi serius saya ok. saya boleh jak kot trma gapo wak dio buat 2. Maybe 2 yg terbaik untuk dia. Jadi bia la dia ngan hdup dio. Kita x yah la kacau dia.

*perbualan seterusnya tak dapat dicoretkan sebab agak sensitif*. Hahaha

Pengajaran dari semua ni, aku bersyukur sebab masih dikelilingi insan yang sentiasa mengambil berat dan prihatin pasal aku. Aku bertuah sebab mempunyai umi yang begitu memahami dan terbuka bila mendengar setiap keluhan dan rintihan perasaan anaknya. my Umi la segalanya. Dia la tempat rujukan untuk aku bila aku 'dihadiahkan' masalah. Kawan-kawan yang sentiasa menemani saat susah dan senang. tQ to all of you. Aku doakan agar ukhwah yang terbina ini kekal abadi selamanya

Okeylah. Macam biasa. Entry kali ni dah sampai ke penghujung baris dan kata. Aku chow dulu yer. Jumpa lagi untuk entry seterusnya. Wassalam..



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Lebih senang hidup ini jika kita melihat setiap masalah yang menimpa kita dari sudut perspektif yang positif. Namun, percayalah. Kekuatan diri kita bukanlah terletak pada berapa ramai insan disisi kita dikala susah..Namun betapa tingginya kekuatan dan semangat yang lahir dlam diri kita sendiri. Kerana hanya kita yang dapat merasa apa yang kita lalui..

Friday, December 9, 2011

Akhirnya...

Salam semua.. Salam jumaat buat semua kenalan. Macamana dengan hari ni? Harap semuanya dipermudahkan la kan. Untuk ku sendiri hari ini berjalan seperti sedia kala. Hanya kekuatan iman dan hati penguat segala yang tersedia untuk aku tempuhi. Kadang-kadang kedaifan kita dalam melayari kehidupan sebetulnya memakan diri dan perasaan kita. Namun siapa kita untuk melawan takdir dri Illahi. Aku percaya apa yang tersedia untukku adalah yang terbaik dariNYA. Hanya satu yang mampu ku pahat kukuh dalam hatiku, apa yang telah MAHA ESA sediakan untuk aku adalah yang terbaik untuk hambanya. Mungkin kebaikan itu tidak bisa aku rasai kenikmatannya dalam waktu terdekat, namun kenikmatan yang tersimpan utukkku adalah kenikmatan hakiki. InsyaAllah.. PERCAYA PADA TAKDIR DAN BERSERAH DENGAN SEIKHLASNYA ADALAH SENJATA UNTUKKU.

Kenapa macam berbunga-bunga ayat aku hari ni kan. Pernah aku coretkan dulu, di blog aku ni segalanya untuk aku. Luahan, pandangan, kejian, pujian dan sewaktu dengannya di sini. INilah dunia aku dan inilah aku. Aku tak minta untuk rasa dan lalui semua ini. Namun aku perlu percay pada qada dan qadar dari YANG ESA. Dibukanya mata hatiku untuk melihat kebenaran agar tidak aku rasa kebahagiaan palsu dan dusta dari insan yang bernama lelaki. Iya.. Sebetulnya aku sedih namun itulah yang terbaik untukku.

Aku redha dengan semua ini. Namun aku pinta pada mu YANG TUHAN...IKHLASKAN AKU DENGAN KEREDHAAN INI AGAR AKU DAPAT MELAYARI KEHIDUPANKU DENGAN KEIKHLASAN YANG HAKIKI. Hanya itu sahaja harapanku. Selebihnya aku serahkan hidup dan matiku, qada dan qadar kehidupan pada Yang MAha Mengetahui. Aku bersedia untuk memulakan fasa yang baru untuk hidupku. Fasa yang lebih memberikan aku jaminan yang utuh untuk masa depanku. Ingatlah wahai kaum Adam.. JANGAN DICABAR KESABARAN KAUM HAWA INI KERANA TANGAN INI MAMPU MENGONCANGKAN DUNIA. Itulah kelebihan yang telah dijanjikan Yang ESa.

Apa pun, aku mulakan kehidupan baruku dengan keredhaan yang ikhlas. Siapa pun untukku kelak,aku terima. Siapa pun bakal menjadikan aku pelengkap rusuk kirinya kelak, dialah hidupku..Dia lah syurgaku. Hanya yang mampu ku lakukan sekarang ku panjatkan doa agar pendampingku kelak adalah yang terbaik untuk kedua ibu bapaku, terbaik untuk adik beradikku, yang terbaik untuk untukku dan yang terbaik untuk anak-anakku kelak. By the way, sekarang masa untuk aku fikirkan ke mana arah tuju hidup aku dalam mencari jaminan untuk kehidupanku kelak. PEKERJAAN YANG TETAP. That's my next destination. Yang lain aku tolak ke tepi termasuklah soal hati dan perasaan serta lelaki.

Ermm.. Dah kehabisan modal sebtulnya. Kepala masih sarat dengan masalah yang datang tanpa diduga dan dipinta. Seharusnya aku bersedia bukan. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan diri. Okey lah sahabat semua. entry kali ni dah sampai penghujung ayat dan baris. Semoga kita bertemu lagi di lain entry yer. Maybe berita yang menggembirakan..InsyaAllah. Wassalam...


MuasabahDiri.HiasiPeribadi (warkah buat kaum Hawa) -- Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau bakap memperolehi keredhaan Allah. Cintailah kelurgamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta keluarga.

Thursday, December 8, 2011

Kemaafan yang tertangguh....

Salam semua.. Salam tengahari. Salam khamis buat semua. Perjalanan kehidupan harian untuk hari ini usai separuh perjalanan. Mata masih lagi segar dikala tangan aktif menaip untuk entry kali ini. Kesejahteraan kesihatan masih menjadi milikku. Alhamdulillah. Kali ini terdetik di hati untuk aku 'cabut' sedikit dari hati yang tengah dilanda kegusaran. Gusar akibat masalah yang melanda? Setiap seorang manusia yang hidup di muka bumi Allah SWT ini 'dihadiahkan' dengan pelbagai masalah. Keasyikan hidup dan keghairahan dalam meniti hari-hari yang mendatang melalaikan dan kadang kala membunuh jiwa seseorang. Aku terpanggil untuk mencoret apa yang diperkatakan hati dan ditafsir oleh akal yang waras untuk sama-sama menjadi renungan sejenak semua ini.

Kemaafan yang tertangguh?? Segalanya pasti dalam hidup ini. Perkataan maaf sering diperdengar oleh kita sejak kita mengenal dunia dalm meniti usia kanak-kanak sehingga seusia ini. Perkataan yang mudah diungkapkan namun keikhlasan sukar ditafsir oleh penerima daripada si pemberi. Perkataan yang mudah difahami namun sukar untuk diamati spesifikasi maksud itu sendiri.

Dalam aku meniti hari yang penuh dengan warna dan corak, aku disapa seseorang yang aku kenali namun kadang kala aku sendiri sukar menafsir rentak individu ini. Terlebih layanan dituduh memberi harapan dan tak terlayan dituduh bagai sombong. Beginilah hidup. Aku tak mampu untuk menggembirakan hati semua pihak dari semua sudut posisi. Yang hanya aku mampu lakukan sekarang tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Bukan niat aku untuk menangguhkan kemaafan yang dipinta cuma aku memerlukan masa untuk memberi kemaafan ikhlas. Aku bukanlah sesiapa yang berhak menghukum dan dihukum. Aku hanyalah manusia biasa yang masih bertatih dalam meniti hidup sebagai remaja dalam meniti dunia dewasa. Aku masih perlukan sokongan, dorongan, kata-kata nasihat dan motivasi untuk diri sendiri.

Sehingga saat ini, wahai si penerima.. Aku maafkan segalanya dan aku mengharapkan kemaafan yang sama dipihak sana. Maafkan aku jika disebabkan aku, si penerima terpaksa melalui fasa hidup yang getir. Tidak terlintas difikiran aku untuk menghukum si penerima, cuma masa yang dituntut untuk aku. Sekarang aku rasa aku bebas. Bebas dari genggaman si penerima. Bebas untuk meniti hariku yang belum ada jaminan yang utuh untuk aku meniti arus dunia yang semakin mencabar. Aku doakan si penerima akan meniti kebahagiaan hakiki satu masa nanti. Aku hanya mendoakan kebahgiaanmu dari jauh.

Bagi diri ku yang bakal menjengah usia 22 tahun, masih terlalu awal untuk aku melafazkan kata-kata cinta yang serius. Namun aku bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang. Keluarga yang sentiasa disisi ku, menerima baik buruk sikapku, sentiasa memberi aku ruang untuk aku belajar membuat keputusan untuk aku tetapkan arus dan laluan hidupku. Namun semua ini, tidak akan mengubah apa-apa dipihakku. Kelurga masih keutamaanku. Keputusan yang aku fikir terbaik untukku tidak semestinya baik dimata kedua ibu bapaku. Atas dasar itulah, Perbincangan itu perlu, dan iya.. Aku selesa dengan apa yang dituntut dan menuntut aku merasai apa yang aku alami sekarang. Aku mempunyai teman-teman yang sentiasa menjadi pendamping setia kala susah dan senang,sunyi dan gembira. Insan istimewa yang sentiasa sabar melayan kerenah aku yang bermacam, menjadi teman untuk aku berbicara dan terima kasih kerana menerima aku seadanya aku. Walaupun ego dan ketidakfahaman masih menebal dalam perhubungan kita sekarng. Namun ku berserah pada takdir bagi semua ini.

Namun 1 sudut dihatiku masih lagi kosong untuk aku memahat kukuh nama yang masih menjadi tanda tanya untuk diriku sendiri. Namun, doa ku agar insan yang bakal namanya ku pahat diruang hatiku satu hari nanti adalah insan yang menjadi pendamping setiaku, pendengar segala masalahku, penemanku hariku dan CINTA ABADI KU SAMPAI SYURGA. InsyaAllah. Bukanlah mendoakan insan yang menjadi temanku hari ini,namanya tidak akan ku pahat. Namun doaku agar insan yang bakal menjadi syurgaku, bakal menjadi ketua hidupku, bakal menjadi pemimpin untuk mengemudi keluargaku kelak, bakal menjadi keutamaan hidupku kelak dan bakal menjadikan aku pelengkap rusuk kirinya satu hari nanti adalah insan yang benar-benar dijadikan untukku. Menjadi bahu untuk aku tumpang menangis dan ketawa, menjadi penyelamat pada setiap inci dunia hidupku dan menjadi segalanya dalam hidup ku. Yang penting menjadi cinta ketiga yang kekal untukku selepas cintaku pada MAHA PENCIPTA dan KELUARGA.

Okeylah. Coretanku kali ini sampai ke penghujung baris dan ayat. Semoga hari-hari yang bakal ditempuh dapat dilalui dengan ukiran senyuman dan keredhaan kerana itulah ubat segala kepahitan dan ‘kenikmatan’ musibah yang disediakan olehNYA untuk kita. Apa pun..Hiasi hidup dengan senyuman dan keikhlasan. Wassalam...


Muasabahdiri.Hiasiperibadi --> Mencari keredhaan adalah dituntut untuk mewarnai kehidupan pada landasan dan jalan yang diredhai..

Monday, December 5, 2011

Apa itu CINTA S.E.J.A.T.I??

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita berciuman ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat

Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan
dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan berarti akhir dari dunia
melainkan awal dari kehidupan yang baru

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah tersakiti
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencoba

Karena merekalah yang bisa menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli
terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya
dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih
bisa tersenyum
sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam
bebas lagi
Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..
Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..

Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal
Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh
Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan
menyadari
Bahwa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah
kau buat
Yang seharusnya ada di dalam hidupmu

Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, ”
Tunggu sebentar ”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ”

Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air
mata

Lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati
daripada air mata yang keluar dari mata kita
Air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus,
Sementara air mata yang tersembunyi,
Akan menggoreskan luka di dalam hatimu
yang bekasnya tidak akan pernah hilang

Walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,
Tetapi ketika cinta itu tulus…
meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,
Tetapi sebenarnya kamu menang karena kamu dapat berbahagia
sewaktu kamu dapat mencintai seseorang
Lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri…

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan karena orang itu berhenti mencintai kita
Atau karena ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyadari bahwa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya
Berjuanglah demi cintamu… Fight for your dream !
Itulah cinta yang sejati..
Bukannya seperti prinsip ” Easy come.. Easy go… ”

Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang ” yang tersedia ”
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada orang yang berada di ” sekelilingmu ”

Lebih baik menunggu orang yang tepat
Karena hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat
Untuk dibuang dengan hanya ” seseorang ”
Atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling
menyakiti hatimu
Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya
Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat membangun orang lain, tetapi dapat juga menjatuhkannya
Bila bukan diucapkan pada orang, waktu, dan tempat yang benar
Ini jelas bukan sesuatu yang bijaksana

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hati
Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita
Tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak akan dapat dipungkiri

Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu..
Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu
Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu
Dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana...

Bisakah anda menangis??

Wednesday, November 30, 2011

D.E.T.I.N.A.S.I...!!!

Salam MAAL HIJRAH buat semua. Lama betol tak update blog ni. Masa tak mengizinkan. Kali ni entry aku mungkin lebih serius bila aku terpikir sesuatu yang penting dalam tempoh aku 'berehat'. Apa yang aku pikir sebenarnya ek? hahaha. Kalau korang perasan title entry kali ni pon macam tergantung jer kan. Tapi bagi insan yang sudah mendapat seru atau hidayat dariNya pasti akan terjentik dengan setiap huruf tajuk entry aku kali ni. Haaa... Makin terbelit-belit dah aku ni. Maksud aku bila setiap seorang yang mengimpikan sebuah kejayaan dalam hidup pasti akan memikirkan apa yang aku sedang lalui, bukan la masalah tapi mungkin fasa yang perlu aku lalui.Keluhan demi keluhan, angan demi angan , impian demi impian. Begitulah kehidupan. Kala aku menaip coretan kali ini, hati sayu dan perasaan rindu menyapa perasaan yang paling dalam. Tersenyum sendiri, rindu, sayu, seronok. Hahaha. Apa yang cuba aku sampaikan kali ni kan. Dah lama teratak aku dibiarkan sepi tanpa cerita baru dan coretan hasil ‘air tangan’ aku ni. Hahaha..

Bila aku selesai laksanakan tanggungjawab aku pada diri sendiri dan janji aku pada keluarga aku terlunas akhirnya, terdetik di hati kecil aku, KE MANA ARAH HIDUP AKU SELEPAS INI? Apa yang mampu aku lakukan untuk aku melangkah selangkah dari zon aku sekarang. Apa kerjaya yang sesuai untuk aku bina ‘empayar’ aku untuk kejayaan yang diimpikan oleh setiap insan yang sentiasa mengimpikan sebuah kejayaan. Persoalan dan pencarian jawapan sentiasa bermain di akal. Kadang-kadang, terdetik di hati apabila aku mengenangkan saat-saat manis dan pengalaman pahit yang menjadi ‘sahabat baikku’ tika aku bergelar pelajar. Saat yang paling aku rindui apabila mengenangkan saat aku bergelar pelajar sekolah menengah. Bak kata orang tua, tika remaja masih lagi bertatih mengenal dunia sendiri.


Rindu pada saat-saat aku bergelar pelajar ipta. Sejujurnya dari aku, di sana lah tempat aku belajar mengenal dunia yang sebenar-benarnya dunia. Masalah?? Persahabatan?? Keliru?? Percintaan?? Sesak?? Tension?? Suka?? Sedih??Pahit?? mahupun manis?? Segalanya menjadi satu apabila aku mula melangkah ke alam pengajian tinggi. Segalanya perlu belajar dan melunaskan apa yang perlu dengan kekuatan sendiri. Iya.. Namun perlu kita ingat, hidup jika bersendiri kita akan mudah jatuh dan kita mungkin tak mampu untuk melawan apa yang tersedia untuk kita lalui. Kita perlukan sokongan keluarga dan orang yang terdekat dengan kita untuk kita lalui dan merentasi benteng yang menjadi penghalang untuk kita hadapi. Dunia IPTA memang mencabar namun percayalah ianya akan bertukar menjadi seronok apabila kita dilandasan yang betul dengan tujuan yang SATU. Rindunya aku bila mengenangkan saat-saat bersama rakan-rakan seperjuangan. Pahit manis kami lalui bersama seperti sebuah keluarga besar. Kami hanya ada KAMI.. Kamilah kawan, kamilah musuh, kamilah ibu, kamilah bapa, kamilah kakak dan kami adalah kami.

Sedar tak sedar, aku sudah pun melalui semua fasa tu. Ingin aku memberitahu dunia aku rindukan saat-saat itu. Kalau la boleh, aku nak kembali ke zaman tu. Namun, lumrah manusia. Manusia tidak pernah puas dan bersyukur dengan kenikmatan di depan mata. Macam aku,masa kecik aku tak sabar untuk menjadi seorang yang dewasa. Namun, bila aku sudah mengegah fasa seorang dewasa aku nak sangat balik ke duania kanak-kanak dan pelajar. hahaha. Manusia ooo manusia.

Hidup perlu diteruskan. Sekarang sudah tiba masa untuk aku memikirkan kemana arah tuju hidupku selepas ini?? Samalah kita berdoa agar dipermudahkan olehNya untuk kita menggapai sebuah kejayaan. Kejayaan yang dijanjikan Allah adalah kejayyan yang diiringi dengan usaha yang berlipat kali ganda. Aku harap aku dapat menggengam kejayaan dalam apa jua bidang yang sudah ditakdirkan untukku.

Ok la... Panjang sangat kan entry aku kali ni. Sebelum aku chow, kita layan dulu lagu yang mungkin kena dengan tajuk entry aku kali ni...layannnnnnnnn........yeeepee..yeepee...





Wednesday, September 28, 2011

Pertemuan..Perpisahan...

Salam sume... Minggu yang penuh dengan pelbagai rasa dan perisa. Mcm semalam gak,aku terpaksa berdepan dgn hari yang mencabar perasaan aku as manusia biasa yang lemah dengan perasaan sendiri. Percayalah,Tuhan meletakkan aku dilandasan yang aku sendiri x penah terpikir utk berada di landasan seperti sekarang.. Yer aku masih dengan perasaan sebak dan terkilan bila mana aku dapat jumpa sahabat2 aku yang menjadi keluarga aku sepanjang aku bergelar seorang pelajar IPTA.. Pelbagai onak dan duri ditempuhi. Adat berkawan..pergi dan datang bila mna kita memerlukan.

Aku terpaksa terima sumer ni.. Jujur aku katakan aku x kuat untuk jumpa kawan2 kelas merangkap housemate2 aku sepanjang aku di sini. Tapi perasaan tu aku simpan di lubuk hati aku paling dalam bila kawan aku beria2 utk jumpa ngan aku. Aku mmg x sanggup tapi demi persahabatan kami sumer,diri ini ku gagahkan jua..

Tepat jam 5 tadi,perasaan sebak menusuk di hati bila aku bersalaman ngan setiap dari mereka yang melihat jatuh bangun,ketawa nangis aku sepanjang menjadi kawan aku. Aku tahu mereka tau perasaan aku bila salam mereka ku sambut,tangan mereka ku jabat.. nyaris2 tertumpah airmata bila melihat setiap seorang dari mereka. Setiap dari mereka hadiahkan aku pelukan semangat seorang teman utk aku. Aku tahu mereka sentiasa berada disampingku di saat aku ase keseorangan.

Syukur ku panjatkan buat MAHA ESA sebab aku di kelilingi dengan insan yang sentiasa ada dibelakang sisi kiri dan kanan. membantu aku untuk terus melangkah melawan setiap benteng yang menjadi penghalang utk aku terus melangkah. Aku punya keluarga yang cukup memahami perasaan ku..Aku ada umi yang sentiasa memberi aku semangat supaya aku x putus asa walaupon dilubuk hatinya..hanya ALLAH yang tahu.Aku punya abah yang sentiasa inginkan anaknya dapat yang terbaik dalam hidup.aku punya kakak dan adik yang menjadikan hidupku lengkap.

TUHAN itu maha adil..bila mana aku keseorangan di sini..dia hadirkan mereka2 sebagai keluarga baruku. Sebak menguasai diri bila aku kenangkan kenangan kami di sini.. Setiap dari kami sudah memahami ragam n rentak setiap seorang. YA TUHAN...INDAHNYA ANUGERAH PERSAHABATAN YANG KAU HADIAHKAN UNTUKKU..Aku tidak pernah ase keseorangan bila di saat susah senang jatuh bangun insan yang bernama aku ini.. Aku dikelilingi dengan insan yang gagah di belakang sisi kiri dan kanan.. Menjadi tangan utk aku bangun n menjadi kaki utkku terus melangkah..

Buat umi abah kak ya n adik...terima kasih sebab sentiasa memahami perasaan ila..Menjadi pelengkap pada kelemahan ila.. Menjadi yang terbaik dalam hidup ila.. Sentiasa inginkan ila dapat yang terbaik dalam hidup ila.

Buat teman2 yang sentiasa ada di saat susah dan senang..Alhana,shakira,ekin,kinah,che yah,asma,zue,aisha,tinie,wani,shila,..terima kasih kerana persahabatan yang terjalin nie.Semoga ukhwah yang kita bina menjadi anugerah yang terindah dalam hidup..Setiap seorang dari kalian sume adalah yang terbaik yang ada dalam hidup ila...

p/s: tanganku menggigil di saat aku menghabiskan coretan kali ni..pasaan ku sayu di saat aku menghbiskan ayat coretan ni..Airmata ku akhirnya tertumpah dikala aku ingatkan keindahan kenangan persahabatan kami...AKU rindukan saat kami sume bergelar pelajar PSMZA...TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS PERKENALAN YANG ENGKAU ANUGERAH DALAM HIDUP KAMI...

Monday, September 26, 2011

Takdir ini Untukku....aKu pasrah Ya Tuhan...

Salam sume..Ase sebak sangat hari ni.Aku nak post kat fb tapi ase segan bila orang baca status aku yang aku ase x perlu aku post. Tanganku mengigil kala aku menekan keyboard lappy,mataku sebak menahan airmata dri mencurah keluar tiap kali aku menaip setiap ayat pada teratak ni..yee..aku sedih di kala aku ingatkan apa yang perlu aku lalui minggu ni..

Hari ni aku happy betul bila aku dapat jumpa kawan yang tersangat rapat dlm hidup aku.Sape dia?Dia ialah insan yang bernama ALHANA AWANG..Kawan yang sentiasa ada dikala aku sedih,suka ,senang malahan di kala luka..Setiap ayat yang terkeluar dri mulut aku akan dia ingat.Dia kawan terbaik n terhebat aku. Orang akan tau keakraban kami bila dia kenal insan yang bernama nik nurul nabila dan alhana awang. Setiap masalah yang kami kongsi akan jadi kecik bila salah seorang dari kami menghulurkan tangan untuk menbantu salah seorang bangun dari terus jatuh..Tu la erti persahabatan bagi kami. Kawan2 yang kenal aku n rapat ngan aku akan tau keakraban yang terjalin antara kau n ana.

Kami pernah berjanji untuk sama2 raikan saat kemenangan pengajian kami. Tapi sebak menguasai aku bila janji x dapat dipenuhi..hajat x kesampaian. Tapi aku happy bila aku ada n masih kuat di saat meraikan kemenagan dia hari ni.Ke mana jer aku pergi,aku akan terima msg dia.Dia tahu aku sedih n cuba utk kuat utk trus ada kat situ hingga selesai. Betul kata orang,setiap pertemuan pasti perpisahan menanti. Begitu la aku ase di saat aku hantar ana balik sampai kat kereta dia. Tapi hanya Tuhan saja yang tau,dikala aku dapat melihat kesedihan ana bila kami selesai bersalaman,sebab kami tahu.Ntah bila plak kami dapat jumpa balik.Aku x kuat untuk tunggu ana..Aku hanya mampu hantar setakat tu jer.Sedih sebab hanya TUHAN yang tau betapa aku hargai persahabatan akrab kami.Aku x penah ada kawan yang memahami aku seadanya macam ana. Dia la kawan,dia la tempat aku suka,dia la bahu utk aku menangis,dia mcm keluarga aku.

Kenangan dapat aku coretkan bersama ana bila dia sudi berkongsi kegembiraan bersamanya.Serius aku happy dapat tengok kegembiraan yang jelas pada pandangan aku di mata seorang kawan..Korang nk kenal kawan terbaik aku yang tiada galang gantinya..Ana diapit aku yang berbaju kuning n sebelah ana...??no komen..hehe..



Esok plak dugaan sekali lagi menanti aku bila aku terpaksa berdepan dengan benda yang sama bila aku hanya mampu melihat n menumpang ase gembira kawan2..dapat melihat tapi aku x dapat merasa kegembiraan tu. Dikala tu la,setiap wajah yang aku sayangi bermain di minda..umi abah.. maafkan ila sebab x mampu untuk tepati janji ila. InsyaAllah segalanya akan menjadi baik setelah peluang ke 2 masih berpihak padaku..

Bak kata kawan aku,'x slah kan ila apy utk kwn2'..betul gak tu..Aku terima segala qada dan qadar setiap langkah perjalanan hidupku.Cuma ketahuilah bahu yang memikul lebih sakit dari mata yang melihat,Aku cuba utk gembirakan hati aku dengan berbisik pada driku sendiri,akan tiba masanya utkkku merasa sume ini..

YA tuhan,aku tahu Kau tidak akan menguji hambamu jika hambamu tadak mampu utk lalui dugaanmu ini..Aku tau ENGKAU tidak akan menzalimi hambamu tetapi ENGKAU mengajar hambamu utk lebih bersyukur n agar hambamu sentiasa mengingatiMU..Bukan disaat susah malah dikala senang sekalipon. Apa sahaja takdirmu untukku,Aku pasrah YA TUHAN..... Cuba doaku,KAU kuatkan la hati hambamu ini..Letakkanlah aku dikedudukan yang benar..Aminn..

Tuesday, July 12, 2011

Impianku Tercapai Suda..... -Special thanks to Kak Tini-

Salam u olls....wahhh..hepy betol ila nie. Semangat nak post kali ni..Hehe..Ok la, kita pendekkan cter suda ok. Kali nie ila nak cter sal impian ila yang selama ni terpendam. Haha.. Impian apa ek?? Impian nak jumpa + bertemu mata + peluk idola ila da pon tercapai. Sape idola ila?? Apa la korang ni. Lagi mau tanya ker?? Sape lagi kalu bukan Dato Siti Nurhaliza.

Disebabkan ila skunk ni ada kat Kuala Lumpur untuk settlekan kerja yang x ter'settle' ni, hajat untuk jumpa ngan DCT tercapai la. Da bpe kali gak la jumpa dia. Tapi kali pertama jumpa dia depan2, wah...berdebar 2 macam nak tau result exam. Huh!! But she's good..Really...Ila ase patut la rezeki dia setiasa terbuka dan berpihak pada dia sebab dia x penah menyombong walaupun dengan kedudukan dia sekarang boleh la nak sombong. Pada ila, jarang anak melayu yang berjaya macam dia tapi still berpijak pada bumi dan dunia yang nyata. X penah la 'hanyut' dengan kedudukan dia sekarang. Yang buat ila ase kelakar sampai sekarang ni, mula2 ila nak jumpa dia tu ila ingat DCT ni da berisi la sejak kawen denagn DAto Khalid. Fuh!! Sekali jumpa kalah kita yang anak dara ni. Cantik, comel, murah ngan senyuman. Tak la berisi macam kita tengok dalam tv tu kan. hehe

Ermm.. Da bpe kali jumpa tu baru la dapat tandatangan emas DCT. hehe.. Tu pun ila x plan pape. Selama ni niat kalu jumpa DCT pon x der la sampai boleh bergambar. gler ke apa ila ni kan. Da jumpa DCT x nak bergambar. Bukan x der angan2 2 tapi fans DCT ni terlalu ramai. Tak terlayan kak ct. Tengok dari jauh pon da kira ok. Sebab memang nak tengok sangat dia dari dekat. Tapi disebabkan jasa baik seorang kakak yang baru jak ila kenal dalam tempoh 2 bulan kot, dia la yang buat impian ila tercapai. Bukan setakat dapat tengok dari dekat da, dapat bergambar n peluk my idola. Memamg betul2 buat apa yang ila impikan selama ni terlunas ngan jasa baik kak Tini la...Nak tau dia 2 sape?? Orangnya gler2, sometimes for me, dia sorang yang tegas la, aktif sangat2..hehe n paling penting kalu dia x sihat bawak jumpa kak ct & nera confirm boleh sihat. hahaha.. Dia x sombong, 2 jak yang ila boleh cakap. Ni la dia orangnya. ada la kenangan ila ngan dia. Kak tini....





Hahaha.. Ni la dia kakak baru ila. Dia memang sporting habis. Tapi bagi ila, orang sporting ni jangan dicucuk kalu x nak bahayakan diri sendiri. Hehe.. Ni sume kerja2 masa lapang kami. Haha.. For kak tini, tq sangat2 sebab banyak tolong ila. Buat ila happy dengan apa yang ila ase skunk. Serius... Ase happy sangat2. Mungkin sebab kak ct satu2 nya artis yang betul2 ila minat dari ila kecik lagi. Bila da meningkat dewasa ni, minat tu masih sama. Jadi bila dapat capai apa yang kita pendamkan selama bertahun2 happy tu rasa semacam.hehe

Ermm...asyik membebel jak ila ni kan. Ila nak tunjuk kat teratak ila ni gambar kenangan ila ngan my idola. Hanya kat teratak ni jak ila post. Kat fb ila, ila x post pape. Sebab ila nak jadikan gambar ila ngan kak ct sebagai koleksi peribadi ila dan akan jadi salah 1 benda yang berharga dan menjadi koleksi kesayangan ila. Mesti ada yang baca post ila kali ni tanya nape kat blog ila post kat fb x post. Sebab ila tau kat teratak ila x der yang follow.Wahahaha. Jadi teratak ni da jadi diari setengah rahsia ila la.hehe..Ok la layan gambar ila with my idola
-Dato Siti Nurhaliza-







Haaaa.. Macamana?? Ok?? Bukan setakat kak ct jak ila bergamabr. Ngan ada kaitan ngan kak cT. PA kak ct (kak rozie), memang sporting habis. X sombong like her sister. Kak saida merangkap kakak kak ct pon sama. Sebenarnya ila ada bergambar nagn suami kesayangan kak ct tapi x der dalam koleksi peribadi ila. Dato K lagi la x menyombong. Sabar lagi melayan kerenah fans isteri tercinta.

Ok la.. Setakat ni jak dulu ila mampu taip. Lenguh jari jemariku taip panjang2.Huh! Bukan ada oarang baca pon. Haha..X pala.. Yang penting ila ada tempat untuk lepaskan ase happy ila. kalau kat fb ila segan sebab nati orang cakap nak menunjuk2 pulak. Hehe.. Baik diam2 saja. Nasib baik 'kau' ada wahai teratak kesayanganku. By the way, ila harap ila ada lagi peluang untuk jumpa kak ct di masa akan datang. Penutup post ila kali ni len sikit sebab ila akan post satu lagi gambar. 'Keluarga baru ila'.....

Ok sume..ila chow dulu... Di lain post ila akan datang.. Kena tunggu story baru dulu. Hehe..Byeee...salam sumerrrrr.......Yeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........