welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 29, 2011

say Good Bye to 2011!!

Selamat tinggal 2011. Terima kasih atas pengalaman yang telah tersedia yang telah aku lalui. Pelbagai pahit manis aku hadapi. Pengalaman pahit aku jadikan sebagai semangat untuk aku mulakan dengan keyakinan dan semangat yang berbeza. Apa yang aku lalui akan aku jadikan pendorong untuk aku agar kepahitan dan kelat yang terpaksa aku telan tidak akan berulang buat kali kedua atau kali ketiga.

Pengalaman manis? Mestilah ada. Tidak semua yang aku lalui pada tahun yang bernombor 2011 ini pahit dan kelat. Ada manisnya yang tersedia iuntuk aku. Seperti yang dijanjikan olehNYA, pada sesiapa hambanya yang diuji bermaknan hambanya ini disayangiNYA. Aku bertuah bukan? PAhit yang Illahi sediakan untuk aku pada dasarnya memang tak tertanggung beratnya dek bahu, tak terfikir dek akal yang waras. Tapi segalanya aku lalui dan akhirnya, inilah aku pada hari ini. Tangis tawa aku, ku pahat kukuh dalam diari hidupku.

Apa yang aku harapkan agar apa yang aku lalui pada tahun ini menjadi pemangkin dan panduan untuk aku mulakan kehidupan di dunia sebenar. Untuk aku menjadi manusia sebetulnya manusia. Segalanya terpulang pada aku sendiri untuk mencipta siapa aku. Azam baru yang dipahat tidak akan menjadi realiti tanpa sebarang usaha dari aku sendiri. Right? Aku doakan agar apa yang aku impiakan pada tahun bernombor 2012 dan seterusnya will be comes true.. Wassalam.....



MuasabahDiri.HiasiPeribadi --- Kenikmatan sesebuah kejayaan akan dapat dirasai nikmatnya apabila disertakan dengan usaha, keikhlasan dan ketaqwaan padaNya.

Tuesday, December 27, 2011

Titik Noktah

Siapa kita selepas titik noktah? Apa maksud dengan titik noktah itu sendiri? Sedarkah kita dengan kelalaian duniawi atau kita masih terpinga - pinga mencari kebahgiaan hakiki? Persoalan sentiasa berlegar dalam 'komputer' ciptaan Illahi. Apabila persoalan sentiasa menghantui kita, percaturan perlu dilunaskan bagi mencari dan menjejaki kebahagiaan impian.

Sebenarnya tidak semestinya hanya itu yang perlu kita 'iramakan' dalam kotak fikiran kita. Arus kehidupan yang sedang kita lalui dan jalani ini juga memerlukan titik noktah. How can i expain?? Apa yang sedang bermain di minda aku ni adalah satu perkataan yang tersangat simple tapi aku nak coretkan disini untuk dikongsi bersama adalah tersangat sukar bagiku.

Apabila kita melalui satu persatu kenikmatan dugaan yang tersedia untuk kita, apa yang sentiasa kita fikir ialah "BILALAH SEMUA INI MAHU BERAKHIR? Right? Sebenarnya bagi pandangan aku sendiri pengakhiran bagi sesuatu cerita atau 'sketsa' bagi dugaan yang kita tempuhi ini adalah permulaan lembaran baru pada kehidupan kita yang seterusnya. So, apa yang kita perlu untuk membuka lembaran baru itu? TITIK NOKTAH!! Right??

So, jalanilah kehidupan kita dengan secermat mungkin. Bagi aku sendiri, tahun 2011 memberi aku seribu satu pengalaman manis dan pahit. Namun aku gagahkan untuk menelan segalanya walaupun kelat ku rasa pahit menanti. Sokongan, dorongan, restu, kekuatan dan semangat sentiasa menjadi milikku selagi insan yang sentiasa menjadi pendamping tegarku keluargaku.

Bagi insan yang pernah aku sakiti atau menyakiti, aku hanya mendoakan kamu bahagia seadanya kerana bagiku cerita kita hanya sejarah. Percayalah aku telah titipkan satu noktah untuk sejarah kita. Mustahil untuk aku berpaling dan memadam titipan noktah tu. Dalam masa yang sama aku hargai apa yang pernah kau korbankan untukku. Sekarang aku buka lembaran baru dan karangkan satu cerita baru untuk kisahku. Wassalam.



MuasabahDiri.HiasiPeribadi --- Segala yang tercoret disini adalah pengalaman yang pernah aku lalui. Bukan niat untuk membuka pekung didada jauh sekali menjaja yang tidak sepatut. Tapi apa yang lalui ini diadaptasi dengan penulisan yang bebrbeza. Kerana INILAH AKU. :)

Sunday, December 18, 2011

Percaturan Dunia & Angkara Manusia..

Salam semua. Malam masih muda kala aku menaip entry untuk kali ini. Entry kali ini adalah secalit idea yang terkeluar dari 'komputer' ciptaan I'llahi. Entahlah.. Hati senangkan bila kita rasa disayangi, dirindui dan seangkatan dengannya. Namun, persoalannya layakkah kita untuk menerima semua ini? Layakkah untuk disayangi? Layakkah aku unuk dicintai seperti insan lain??

Masih terdengar-dengar lagi kata-kata seseorang padaku satu masa dulu. Aku tak layak untuk disayangi oleh mana-mana lelaki.. Hahaha. Bila diingatkan semua tu, ase takut untuk memulakan salam perkenalan dengan mana-mana lelaki. Takut aku tak layak untuk lelaki yang baik.

Diulit rasa cinta dan kasihkah aku sekarang? Aku sendiri tak ada jawapan pada semua tu. Namun rasa sedikit tersentuh dan terharu bila kita dapat tau kita dirindui. Namun, setiap kali rasa bahagia tu menyapa hati kecilku, hanya satu yang bermain dan menjadi tanda tanya untuk aku sendiri.. Tidak serikkah aku untuk memulakan perkenalan sekalian kalinya lagi?? Bukan senang untuk memahami seseorang, bukan senang untuk mengenali hati budi seseorang. Banyak fasa yang perlu aku lalui dan kesudahannnya aku kecewa. Wahh.. Inilah percaturan kehidupan. Yang lemah selalu ditindas.. Dan siapa yang lemah itu?? Kaum HAWA. Inilah satu lagi permainan dunia. Perjanjian yang dibuat oleh manusia sendiri pada dasarnya. Hebat bukan permainan manusia. Sangat hebat.


Padaku, jika benar dialah lelaki tu, aku berserah. Biar la aku dapat kenal dia dan aku terima seadanya dia dan dia dapat terima baik dan buruknya aku. Doaku, berikanlah aku lelaki dan sahabat yang benar-benar untukku. BUkan lelaki yang hanya tahu mempermainkan hati perempuan dan bukan sahabat yang hanya memerlukan aku dikala susah.



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Sesungguhnya Allah telah menjanjikan percaturan yang terbaik untuk hambanya. Dan tidak pernah sesekali Allah menzalimi hambanya dengan musibah dan dugaan yang tidak mampu dipikul hambanya.


Wednesday, December 14, 2011

Kasih Yang Tercipta?

Kasih yang tercipta untuk kita adalah perkara subjektif. Siapa, mengapa, bila dan bermacam persoalan terawang-awang di kotak fikiran kita. Kalau la kita boleh tengok persoalan yang berlegar tu dengan mata kasar kita aku rasa bertambah tekanan untuk hidup. Segalanya yang diciptakan oleh Yang Esa sudah termaktub 'cantik' alirannya.

Kasih yang tercipta untuk kita dicipt an terciptada dari pelbagai sudut. KAsih kita pada Maha Pencipta. Ia kasih yang hakiki. Kasih yang kekal abadi. Kasih kita pada keluarga. Kata orang kasih pada ibu bapa membawa ke syurga.

Kasih kita pada sahabat, teman, kawan dan sebagai. Kasih yang tercipta untuk keadaan dan situasi ini kasih yang memerlukan 'penglihatan' yang tajam agar kita tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.

Tak kisah la kasih itu untuk siapa, terpulang pada kita untuk menilai kasih yang dianugerahkan untuknya. Kasih ini perlu untuk kita meneruskan kehidupan kerana kita tak mampu hidup yang penuh dengan kebencian.



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Kasih yang dianugerahkan untuk kita tidak semestinya kasih sementara namun tidak sewajarnya kita meletakkan kasih itu di tempat tertinggi kecuali kasih padaa Illahi kerana itulah kasih yang kekal abadi. Sama-samalah kita jadikan sebagai renungan.

Sunday, December 11, 2011

Aku Merdeka!!

Salam sume..Entry yang ke-3 untuk tarikh yang sama tapi masa yang berlainan. Nak share berita gumbira ni. Hahaha. Apa lah sangat tapi tak apalah agak-agak aku rajin menaip dan mengadap laptop ni apa salahnya aku post entry terbaru untuk cerita yang baru. hehe

Akhirnya aku berjaya. Berjaya? Berjaya tamatkan pengajian diploma aku. Tidaklah cemerlang tahap yang tertinggi tapi untuk diri aku sendiri ini 1 kejayaan yang mana inilah usaha aku dan inilah hasil yang aku peroleh. Tidaklah sesenang yang dijangka sebenarnya bila kita di nak tamatkan apa yang kita mulakan. Jadi inilah penamat untuk aku bagi fasa ini tapi permulaan untuk hidup yang baru dan cabaran serta suasana yang baru Bersedia ke aku?? Biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Pada aku, hanya keyakinan yang jitu,usaha dan restu menjadi bekalan untuk aku meneruskan fasa seterusnya.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan sejuta terima kasih pada semua yang sentiasa disisi terutamanya kepada umi abah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku. Tidak dapat dinafikan, restu mereka adalah kunci kejayaan aku. Pada kedua adik beradik yang tersayang. Kasih sayang dari kak ya dan adik iwan sememangnya kekuatan untuk ila. Terima kasih. Percayalah, ini semau untuk mereka. Tiupan kasih dan sayang pada kelurgaku akan sentiasa menjadi milik mutlak mereka. Mereka tiada galang gantinya.

Pada teman-teman yang sentiasa bertanyakan khabar berita dariku. Walaupun jauh namun bukanlah 1 benteng penghalang untuk menjalinkan ukhwah yang tersedia. Sikap give and take mereka perkenalkan pada aku. Terima kasih sebab memahami dan sentiasa mengambil berat. Secara keseluruhan, terima kasih pada semua. Aku happy dan gembira sangat.hehe



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Siapa pun kita hari ini, permulaannya ialah dari restu ibu dan bapa. Siapa pun kita esok hari pengakhirnya adalah dari doa ibu dan bapa. Pendek kata, sebesar mana darjat kita, setinggi mana kita diangkat, ingatlah dimana permulaan segala ini kerana untuk mempertahankan sesuatu adalah lebih sukar daripada mendapatkan sesuatu.

"Salam.. Boleh Berkenalan"?

Salam semua. Selamat pagi. Masuk minggu baru dah kita yer. Tika tangan giat menekan keyboard ni, aku diulit rasa bosan sebab duk sorang-sorang kat rumah. Waaaa.. :(. Tapi tak apalah, nasib baik blog ni ada penganti teman. hehe. Pagi ni aku nak post perihal manusia yang terlalu suka menganggu keamanan dan keharmonian hidup orang lain. Suka hati u jer kan nak buat apa. Apa ingat u tu siapa yang i nak kisah sangat.

Hahaha. Pening ke? Tak apa yak payah la pening. Ni saja nak buat statement kat blog sendiri. Semalam lepas je aku off facebook, tetiba.. Tet..tet.. (mesej masuk). Ada sornag makluk Allah yang tidak aku kenal siapa, dari mana nak kemana,mesej aku.

Antara mesej yang dikirim si majnum entah dari pelusuk gua mana:

majnum: Salam. Hai awak. Boleh nak berkenalan?

aku: tak balas pun. cuma dalam hati rasa menyampah dah. Dah la no private aku. Lagi la aku tak suka orang yang spesis ni mesej nombor tu. Tapi sms diterima lagi sekali.

majnum: awak dah tdo yer? Awalnya awak tdo. Sudi tak saya nak kenal awak ngan lebih dekat lagi. Awak single lagi kan?


*Mesej tak dilayan.. Tapi dia call pulak. Memang agak rendah sikap dan sifat orang malaysia dia ni. Tak ada masa aku nak melayan orang macam tu. BAzir ait liur jak bercakap dengan spesis ni. Ayat macam skrip KL Gengster jak aku rasa.hahaha*

Sebetulnya spesis ni memang tak reti bahasa kot. Dah tengok jam pukul berapa. Bukannya waktu negara Jepun kau mesej aku. Waktu Malaysia. Waktu orang nak tdo. Bukan waktu orang nak menghulurkan salam perkenalan. Nak kenal aku lebih dekat konon, jauh pun tak nampak langsung. Dah nak dekat-dekat bagai.

Nape yer lelaki ni sama jer. Senang sangat la nak berkawan pastu senang-senang tinggal. Ingat apa? Motor kapcai ke kitaorang ni. Nasib baik tak kena maki. Kalau kena maki semalam kan kau boleh buat 'bantal' untuk tidur. Arrggghhh. Spesis yang makin bertambah sekarang ni. Tak payah nak kenal-kenal la. Langsung tak berminat. Adoiii tokkkk...hehe




MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Hormati privacy orang lain jika nak orang hormat privacy kita. Senang cakap, jaga diri kita dulu sebelum kita nak jada orang lain. Jadi pemimpin untuk diri kita dulu sebelum kita memimpin orang lain. Hidup ini mudah jika kita memilih untuk permudahkannya namun akan menjadi sukar jika kita sendiri memilih jalan kesukaran. Yang penting fikir sebelum kita bertindak.!

Ketenangan milikku..

Salam semua... Alhamdulillah masih diberikan kesejahteraan kesihatan untukku. Hari yang penuh dengan seribu cahaya sinar baru. Permulaan yang baik untukku dan aku mengharapkan perasaan yang sama dipengakhirnya. InsyaAllah.. Apa yang aku nak post untuk entry kali ni.?? Sama-sama kita saksikan. Aku terima sms daripada kenalan rapat aku di poli. Maybe dia tau apa yang jadi kat aku. Haha.. Ntah dari mana sumber bagitahu dia.Tak kisah la.Benda dah jadi.. Right?? Nak kenang pun makan diri. Tapi yang boleh buat aku tersenyum sendiri bila dapat sms yang pada aku, aku tau niat murni kenalan aku n. Ambik berat mungkin?? Tapi cara dia memulakan text buat aku tersenyum seorang.

Antara petikan text yang dikirim dan diterima :

kenalan : salam ila. saya tau da sal awak ngan dot dot. sabar la ila. tak g**n punya laki. Tak cukup sorang. Geram la saya dengan laki mcm tu.

aku : wsalam..haha..xpa la _____..saya x sedih pn sebtolnya. Cuma kesal la dengan apa yg dia buat. X kisah la_____.. Janji dia bahagia. Saya x nak la pk sal ni ag da..

kenalan : awak biar btol. xkan awak x ase sakit hati??

aku : saya ni manusia n pmpuan. sakit 2 mmg da. Tapi biarlah. Dia lebih bhgia ngan tunang dia skunk. Pejam mata pekakkan telinga jah la. Dop g2 awk eh? hahaha

kenalan : x berubah la budok ni. dari kecik sapa ko tuo. Macam x dop pasaan.. Padahal jerik sore.

aku : mana ada. Matang doh kea. Awak ni gak. Saya ok jah. Bereh. X cekak nak senyum doh.

kenalan : Bukan baru 2 hari saya kenal awak ila. Dah bertahun2 doh. Pehe sgt doh ngan pngai awak.

aku: hommmlaaa...tapi serius saya ok. saya boleh jak kot trma gapo wak dio buat 2. Maybe 2 yg terbaik untuk dia. Jadi bia la dia ngan hdup dio. Kita x yah la kacau dia.

*perbualan seterusnya tak dapat dicoretkan sebab agak sensitif*. Hahaha

Pengajaran dari semua ni, aku bersyukur sebab masih dikelilingi insan yang sentiasa mengambil berat dan prihatin pasal aku. Aku bertuah sebab mempunyai umi yang begitu memahami dan terbuka bila mendengar setiap keluhan dan rintihan perasaan anaknya. my Umi la segalanya. Dia la tempat rujukan untuk aku bila aku 'dihadiahkan' masalah. Kawan-kawan yang sentiasa menemani saat susah dan senang. tQ to all of you. Aku doakan agar ukhwah yang terbina ini kekal abadi selamanya

Okeylah. Macam biasa. Entry kali ni dah sampai ke penghujung baris dan kata. Aku chow dulu yer. Jumpa lagi untuk entry seterusnya. Wassalam..



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Lebih senang hidup ini jika kita melihat setiap masalah yang menimpa kita dari sudut perspektif yang positif. Namun, percayalah. Kekuatan diri kita bukanlah terletak pada berapa ramai insan disisi kita dikala susah..Namun betapa tingginya kekuatan dan semangat yang lahir dlam diri kita sendiri. Kerana hanya kita yang dapat merasa apa yang kita lalui..

Friday, December 9, 2011

Akhirnya...

Salam semua.. Salam jumaat buat semua kenalan. Macamana dengan hari ni? Harap semuanya dipermudahkan la kan. Untuk ku sendiri hari ini berjalan seperti sedia kala. Hanya kekuatan iman dan hati penguat segala yang tersedia untuk aku tempuhi. Kadang-kadang kedaifan kita dalam melayari kehidupan sebetulnya memakan diri dan perasaan kita. Namun siapa kita untuk melawan takdir dri Illahi. Aku percaya apa yang tersedia untukku adalah yang terbaik dariNYA. Hanya satu yang mampu ku pahat kukuh dalam hatiku, apa yang telah MAHA ESA sediakan untuk aku adalah yang terbaik untuk hambanya. Mungkin kebaikan itu tidak bisa aku rasai kenikmatannya dalam waktu terdekat, namun kenikmatan yang tersimpan utukkku adalah kenikmatan hakiki. InsyaAllah.. PERCAYA PADA TAKDIR DAN BERSERAH DENGAN SEIKHLASNYA ADALAH SENJATA UNTUKKU.

Kenapa macam berbunga-bunga ayat aku hari ni kan. Pernah aku coretkan dulu, di blog aku ni segalanya untuk aku. Luahan, pandangan, kejian, pujian dan sewaktu dengannya di sini. INilah dunia aku dan inilah aku. Aku tak minta untuk rasa dan lalui semua ini. Namun aku perlu percay pada qada dan qadar dari YANG ESA. Dibukanya mata hatiku untuk melihat kebenaran agar tidak aku rasa kebahagiaan palsu dan dusta dari insan yang bernama lelaki. Iya.. Sebetulnya aku sedih namun itulah yang terbaik untukku.

Aku redha dengan semua ini. Namun aku pinta pada mu YANG TUHAN...IKHLASKAN AKU DENGAN KEREDHAAN INI AGAR AKU DAPAT MELAYARI KEHIDUPANKU DENGAN KEIKHLASAN YANG HAKIKI. Hanya itu sahaja harapanku. Selebihnya aku serahkan hidup dan matiku, qada dan qadar kehidupan pada Yang MAha Mengetahui. Aku bersedia untuk memulakan fasa yang baru untuk hidupku. Fasa yang lebih memberikan aku jaminan yang utuh untuk masa depanku. Ingatlah wahai kaum Adam.. JANGAN DICABAR KESABARAN KAUM HAWA INI KERANA TANGAN INI MAMPU MENGONCANGKAN DUNIA. Itulah kelebihan yang telah dijanjikan Yang ESa.

Apa pun, aku mulakan kehidupan baruku dengan keredhaan yang ikhlas. Siapa pun untukku kelak,aku terima. Siapa pun bakal menjadikan aku pelengkap rusuk kirinya kelak, dialah hidupku..Dia lah syurgaku. Hanya yang mampu ku lakukan sekarang ku panjatkan doa agar pendampingku kelak adalah yang terbaik untuk kedua ibu bapaku, terbaik untuk adik beradikku, yang terbaik untuk untukku dan yang terbaik untuk anak-anakku kelak. By the way, sekarang masa untuk aku fikirkan ke mana arah tuju hidup aku dalam mencari jaminan untuk kehidupanku kelak. PEKERJAAN YANG TETAP. That's my next destination. Yang lain aku tolak ke tepi termasuklah soal hati dan perasaan serta lelaki.

Ermm.. Dah kehabisan modal sebtulnya. Kepala masih sarat dengan masalah yang datang tanpa diduga dan dipinta. Seharusnya aku bersedia bukan. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan diri. Okey lah sahabat semua. entry kali ni dah sampai penghujung ayat dan baris. Semoga kita bertemu lagi di lain entry yer. Maybe berita yang menggembirakan..InsyaAllah. Wassalam...


MuasabahDiri.HiasiPeribadi (warkah buat kaum Hawa) -- Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau bakap memperolehi keredhaan Allah. Cintailah kelurgamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta keluarga.

Thursday, December 8, 2011

Kemaafan yang tertangguh....

Salam semua.. Salam tengahari. Salam khamis buat semua. Perjalanan kehidupan harian untuk hari ini usai separuh perjalanan. Mata masih lagi segar dikala tangan aktif menaip untuk entry kali ini. Kesejahteraan kesihatan masih menjadi milikku. Alhamdulillah. Kali ini terdetik di hati untuk aku 'cabut' sedikit dari hati yang tengah dilanda kegusaran. Gusar akibat masalah yang melanda? Setiap seorang manusia yang hidup di muka bumi Allah SWT ini 'dihadiahkan' dengan pelbagai masalah. Keasyikan hidup dan keghairahan dalam meniti hari-hari yang mendatang melalaikan dan kadang kala membunuh jiwa seseorang. Aku terpanggil untuk mencoret apa yang diperkatakan hati dan ditafsir oleh akal yang waras untuk sama-sama menjadi renungan sejenak semua ini.

Kemaafan yang tertangguh?? Segalanya pasti dalam hidup ini. Perkataan maaf sering diperdengar oleh kita sejak kita mengenal dunia dalm meniti usia kanak-kanak sehingga seusia ini. Perkataan yang mudah diungkapkan namun keikhlasan sukar ditafsir oleh penerima daripada si pemberi. Perkataan yang mudah difahami namun sukar untuk diamati spesifikasi maksud itu sendiri.

Dalam aku meniti hari yang penuh dengan warna dan corak, aku disapa seseorang yang aku kenali namun kadang kala aku sendiri sukar menafsir rentak individu ini. Terlebih layanan dituduh memberi harapan dan tak terlayan dituduh bagai sombong. Beginilah hidup. Aku tak mampu untuk menggembirakan hati semua pihak dari semua sudut posisi. Yang hanya aku mampu lakukan sekarang tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Bukan niat aku untuk menangguhkan kemaafan yang dipinta cuma aku memerlukan masa untuk memberi kemaafan ikhlas. Aku bukanlah sesiapa yang berhak menghukum dan dihukum. Aku hanyalah manusia biasa yang masih bertatih dalam meniti hidup sebagai remaja dalam meniti dunia dewasa. Aku masih perlukan sokongan, dorongan, kata-kata nasihat dan motivasi untuk diri sendiri.

Sehingga saat ini, wahai si penerima.. Aku maafkan segalanya dan aku mengharapkan kemaafan yang sama dipihak sana. Maafkan aku jika disebabkan aku, si penerima terpaksa melalui fasa hidup yang getir. Tidak terlintas difikiran aku untuk menghukum si penerima, cuma masa yang dituntut untuk aku. Sekarang aku rasa aku bebas. Bebas dari genggaman si penerima. Bebas untuk meniti hariku yang belum ada jaminan yang utuh untuk aku meniti arus dunia yang semakin mencabar. Aku doakan si penerima akan meniti kebahagiaan hakiki satu masa nanti. Aku hanya mendoakan kebahgiaanmu dari jauh.

Bagi diri ku yang bakal menjengah usia 22 tahun, masih terlalu awal untuk aku melafazkan kata-kata cinta yang serius. Namun aku bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang. Keluarga yang sentiasa disisi ku, menerima baik buruk sikapku, sentiasa memberi aku ruang untuk aku belajar membuat keputusan untuk aku tetapkan arus dan laluan hidupku. Namun semua ini, tidak akan mengubah apa-apa dipihakku. Kelurga masih keutamaanku. Keputusan yang aku fikir terbaik untukku tidak semestinya baik dimata kedua ibu bapaku. Atas dasar itulah, Perbincangan itu perlu, dan iya.. Aku selesa dengan apa yang dituntut dan menuntut aku merasai apa yang aku alami sekarang. Aku mempunyai teman-teman yang sentiasa menjadi pendamping setia kala susah dan senang,sunyi dan gembira. Insan istimewa yang sentiasa sabar melayan kerenah aku yang bermacam, menjadi teman untuk aku berbicara dan terima kasih kerana menerima aku seadanya aku. Walaupun ego dan ketidakfahaman masih menebal dalam perhubungan kita sekarng. Namun ku berserah pada takdir bagi semua ini.

Namun 1 sudut dihatiku masih lagi kosong untuk aku memahat kukuh nama yang masih menjadi tanda tanya untuk diriku sendiri. Namun, doa ku agar insan yang bakal namanya ku pahat diruang hatiku satu hari nanti adalah insan yang menjadi pendamping setiaku, pendengar segala masalahku, penemanku hariku dan CINTA ABADI KU SAMPAI SYURGA. InsyaAllah. Bukanlah mendoakan insan yang menjadi temanku hari ini,namanya tidak akan ku pahat. Namun doaku agar insan yang bakal menjadi syurgaku, bakal menjadi ketua hidupku, bakal menjadi pemimpin untuk mengemudi keluargaku kelak, bakal menjadi keutamaan hidupku kelak dan bakal menjadikan aku pelengkap rusuk kirinya satu hari nanti adalah insan yang benar-benar dijadikan untukku. Menjadi bahu untuk aku tumpang menangis dan ketawa, menjadi penyelamat pada setiap inci dunia hidupku dan menjadi segalanya dalam hidup ku. Yang penting menjadi cinta ketiga yang kekal untukku selepas cintaku pada MAHA PENCIPTA dan KELUARGA.

Okeylah. Coretanku kali ini sampai ke penghujung baris dan ayat. Semoga hari-hari yang bakal ditempuh dapat dilalui dengan ukiran senyuman dan keredhaan kerana itulah ubat segala kepahitan dan ‘kenikmatan’ musibah yang disediakan olehNYA untuk kita. Apa pun..Hiasi hidup dengan senyuman dan keikhlasan. Wassalam...


Muasabahdiri.Hiasiperibadi --> Mencari keredhaan adalah dituntut untuk mewarnai kehidupan pada landasan dan jalan yang diredhai..

Monday, December 5, 2011

Apa itu CINTA S.E.J.A.T.I??

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita berciuman ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat

Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan
dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan berarti akhir dari dunia
melainkan awal dari kehidupan yang baru

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah tersakiti
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencoba

Karena merekalah yang bisa menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli
terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya
dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih
bisa tersenyum
sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam
bebas lagi
Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..
Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..

Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal
Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh
Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan
menyadari
Bahwa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah
kau buat
Yang seharusnya ada di dalam hidupmu

Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, ”
Tunggu sebentar ”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ”

Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air
mata

Lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati
daripada air mata yang keluar dari mata kita
Air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus,
Sementara air mata yang tersembunyi,
Akan menggoreskan luka di dalam hatimu
yang bekasnya tidak akan pernah hilang

Walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,
Tetapi ketika cinta itu tulus…
meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,
Tetapi sebenarnya kamu menang karena kamu dapat berbahagia
sewaktu kamu dapat mencintai seseorang
Lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri…

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan karena orang itu berhenti mencintai kita
Atau karena ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyadari bahwa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya
Berjuanglah demi cintamu… Fight for your dream !
Itulah cinta yang sejati..
Bukannya seperti prinsip ” Easy come.. Easy go… ”

Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang ” yang tersedia ”
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada orang yang berada di ” sekelilingmu ”

Lebih baik menunggu orang yang tepat
Karena hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat
Untuk dibuang dengan hanya ” seseorang ”
Atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling
menyakiti hatimu
Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya
Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat membangun orang lain, tetapi dapat juga menjatuhkannya
Bila bukan diucapkan pada orang, waktu, dan tempat yang benar
Ini jelas bukan sesuatu yang bijaksana

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hati
Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita
Tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak akan dapat dipungkiri

Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu..
Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu
Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu
Dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana...

Bisakah anda menangis??