welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 31, 2012

Sejenak Aku

Tika aku bingkiskan suara hati ini

Mindaku kosong..tanganku terhenti..aku terdiam seketika..

Terdetik sejenak… sedar akan pengorbananmu mencataskan segala pameran tulisan ini..

Namun..dengarilah bisikan suara hati ini melalui kata-kata terbukti.


Abah…

Saat aku mula menggenal dunia, kau sambutku dengan sejuta suara senyumanmu

Saat aku mula bertatih.. kau perhati setiap inci gerakku..

Saat aku mula mengorak langkah..

Kebimbanganmu mula berbisik

Melodi kerisauan mula melantunkan iramanya..

Sedar..anak kecilmu dulu..kini meniti perjalanan kedewasaan..


Kini..aku berdiri di hadapanmu..

Inilah aku... hasil didikanmu..berkat teguranmu..iringan doa dan restumu…

Aku mula bertatih meniti kehidupan hakiki duniawi

Kau masih setia menjadi pendamping tegar setiap sisi kanan dan kiri..

Menjadi petunjuk tika aku dipersimpangan jalan kehidupan

Kau hulurkan tangan saat aku tersungkur meniti titian jambatan kejayaan

Menghayunkan kakimu untukku agar aku terus melangkah

Memecah benteng penghalang kejayaan… melawan ombak pemusnah impian..


Abah…

Tika di awal kelahiranku, ibu menyusukanku

Saat akhir aku di bawah naungan payung belaian kasih dan jagaanmu…

Kau bakal mewalikan aku…

Menjadi penggantimu tempat untukku berlindung dan berteduh selamanya


Abah…

Terima kasih atas amarahmu..

Terima kasih atas naungan kasih sayangmu

Terima kasih atas pengorbananmu..

Terima kasih atas didikanmu..

Menjadi bekalan untukku meniti jambatan kehidupan hakiki


Maafkan aku jika aku berbuat salah

Maafkan aku jika aku mencabar sabarmu

Maafkan aku kerna tidak mampu menjadi anak impianmu

Maafkan aku untuk segalanya.

Ketahuilah aku masih seperti anak kecil, bisa lemas dengan kemegahan duniawi

Terkapai-kapai tanpa nasihat dan teguran ikhlasmu.


Kau hanya satu..

Tidak mungkin punya galang gantinya

Kaulah perwira sebenar

Kaulah pejuang terbilang

Kaulah akar kehidupan hakiki sang isteri

Kaulah pendamping tegar putera dan puteri…Kaulah segalanya…


+Sebetulnya tiada kata-kata indah dan tiada ungkapan bahasa untuk aku seiringkan dengan pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya. Aku hanya meluahkan apa yang berlegar di segenap tempat di minda dan hati aku dan lakarkan tulisan ini melalui idealogi spontan. Masih belum mempunyai tajuk yang khusus untuk sajak ini. Harap semua dapat memahami sajak ini.

Saturday, January 28, 2012

Keputusan

Aku pandang aje laptop ni. Apa yang aku nak post untuk entri kali ni. Nak menulis sesuatu yang baru, kosong. No idea no writing!! Tapi ada sesuatu yang mungkin aku dah jenuh perjelaskan mainan fikiran sendiri. Haha. Apa lagi untuk kali ni kan. Nothing.

Okey la. Aku cuma nak bagitahu pasal sajak pertama yang aku cuba olah mengikut bicara kata hati aku pada dasar aku memuntahkan segala idealogi yang melingkari segenap keluasan otak aku masa tu. Aku cuba untuk meluahkan segala melalui tulisan dan alhamdulillah, sajak yang telah aku lantunkan dihadapan keluarga besar aku malam tu mendapat pandangan yang positif dari semua. Thank a lot. I love my big families.

Fikir punya fikr, kira punya kira, hitung punya hitung. Aku dah buat keputusan beranikan diri untuk post sajak tu. Tapi bukanlah sekarang. InsyaAllah.. Dalam masa terdekat ni. Tunggu yer.

Walallahualam.. Salam

Wednesday, January 25, 2012

Perkenalkan Aku

Banyak suara asing kedengaran,
Banyak soal dan tanya berkumandang,
Di mana aku??
Mengapa terasa sakit badan kecilku,
Oh.. Inikah alam dunia,
Kesakitan, keperitan, kebingitan.

Mana ibu??
Mana ayah??
Mengapa aku ditinggalkan keseorangan??
Kenapa aku dibogelkan di khalayak asing??
Mengapa aku dijadikan santapan haiwan ini?
Jijikkah aku??

Arrrgghhh..!!! Ini rupanya perkenalan dunia
Keterujaan yang aku nantikan.. Ini jawapannya.. Cukup lumayan hasilnya,
Kegersangan aku ketika di alam rahim,
Tempat selamat didukungi ibu,
Ini penyudahnya. Ini pengakhirnya!

Kejamkah dunia??
Tidak!! Dunia tidak kejam,
Manusia yang zalim, tidak punya hati dan perasaan.
Bukankah aku amanah Allah?
Mengapa aku ditemukan jahanam ini??
Manusia kejam!!

Tidak punya jalan pintas untuk aku tembusi alam ini,
Dari segumpal darah dijadikan segumpal daging,
Sempurna cukup sifatku,
Tidak ditoreh sedikit kekurangan,
tapi,
Kenapa aku tidak punya nama?
Kenapa tidak aku di bintikan atau di binkan dengan nama ayah penghujungnya,
Mana ibu??
Mana ayah??
Akanku tuntut pada hari penentuan kelak!!


+ Idea datang dengan spontan. Mangsanya sekeping kertas dan sebatang pensil. Terpancul segala idea milik Allah ini. Aku hanya pinjam kata-kata ini dariNya untuk aku longgarkan simpulan yang tersimpul mati.

Walallahualam...

Persimpangan Jalan

Hari ni ada mood nak menulis tapi kadang-kadang idea tu hilang ditimbus pelbagai timbusan masalah dalam pemikiran yang cetek aku ni. Jadi gagahkan jugak diri ni untuk menaip serba sedikit yang masih mampu dijana otak dan disalurkan melalui penulisan. Tajuk kali ni tak ada lah sesyok mana cuma untuk saja-saja. Mungkin??

Hidup ni tak akan selalunya indah. Sebab akan tiba waktunya dan ketikanya kita akan berada dipersimpangan untuk membuat satu keputusan ataupun anjakan kehidupan kita. Persimpangan yang memrlukan kita untuk memilih hala ke kiri mahupun hala ke kanan. Jalan untuk kita menghayunkan semngat dan kekuatan kaki. Dipersimpangan ini jugalah tempat kita harus berani membuat keptusan dan berani untuk memilih. Memilih untuk berhenti atau menruskan kehidupan hakiki kita selagi terdaya memikul segala dugaan dan cabaran, 'bekalan' dari Illahi sebagai santapan perjalanan kita.

Bekalan inilah yang akan kita jadikan bagasi kita untuk kita meneruskan kehidupan. Bekalan yang akan menjadi tempat untuk kita jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran di masa hadapan. Bekalan untuk kita fikirkan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita.

#Kan aku da cakap aku tak ada idea. Kekeringan idea kekontangan bahasa, cetek pemikiran untuk aku kali ni. Sorry... Jumpa di lain entry. InsyaAllah..

Walallahualam.. Salam..



Tuesday, January 24, 2012

Padan Muka!!

Malam ni hajat nak post entry baru untuk blog ni. Tapi duduk punya duduk, tenung punya tenung laptop aku ni.. Perhhh!! Idea tak datang-datang beb.!! Mungkin mood atau idea untuk menaip apa-apa yang perlu pada blog ni nun jauh.

Mungkin jugak sebab banyak benda yang ada dalam otak aku sekarang. Buatkan secalit idea pun tak mampu terselit dek otak yang sedia sempit purata keluasannya cuma mampu menampung sejumlah besar jumlah kiraan keselurahan. Fikir apa yang mampu untuk aku fikir. Hehe..

Aku nak menulis pun malas. Masih lagi dalam pertimbangan untuk aku postkan puisi ciptaan pertama aku yang telah secara rasmi diperdengarkan oleh aku sendiri untuk abah aku bersaksikan keluarga besar aku. InsyaAllah kalau terbuka hati aku untuk kongsikan di blog ini, for the next entry, i'll do!! hehe

Wednesday, January 11, 2012

Amati..Insafi..

Sebenarnya berat untuk aku post entry berbentuk politik pada blog aku ni. Bukanlah untuk menunding jari pada mana-mana pihak tapi sekadar kilasan teguran berbentuk pandangan masing-masing. Tidaklah sepenuhnya aku akan menyentuh perihal politik tapi untuk menyedarkan sesiapa yang masih bergelar pelajar atau student atau serumpun dengannya la.

Macam yang kita sedia maklum salah seorang mahasisiwa dari salah satu institusi pengajian tinggi awam telah digantung tempoh pengajiannya selama 3 sem merangkap satu tahun setengah. BUkanlah untuk menidakkan tindakkannya yang secara terang-terangan menentang kerajaan. Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan individu ini bertindak sejauh ini, dan aku sendiri berpegang pada prinsip yang kerajaan ini amalkan iaitu DEMOKRASI!!

Pada pandangan aku yang cetek ini, pada aku individu ni tak perlulah secara terang-terang menidakkan kuasa kerajaan sedangkan beliau di bawah naungan kerajaan. Habiskan dahulu apa yang termaktub untuk keluarga. Tamatka pengajian tanpa menghiraukan faktor mainan politik di luar. Yess!! Kita boleh untuk bersuara tapi jangan la terlampau 'membuka pakaian yang dipakai sehingga mendedahkan apa yang tidak sepatutnya didedahkan'. That's only my opinion. Aku juga bergelar mahasisiwi IPTA dan aku tahu peraturan dan kaedah mainan ini semua. Ada cara dan acuan yang tersendiri untuk kita sampaikan apa yang terbuku menggunung di dada.

Okey lah, aku takut untuk bersuara tapi tak lepas rasanya kalau aku tak menyuarakan semua ini pada blog aku. Setiap orang ada hak untuk bersuara dan inilah suara pandangan aku. Amatilah apa yang kita lakukan adakah itu yang terbaik untuk masa depan kita?? dan Insafilah sebelum ianya memusnahkan hidup akibat gelombang nafsu dan egois memuncak!!

Wallahualam.... Salam....


Monday, January 9, 2012

Jaminan...

Agak lama aku tak update blog ni. Tapi jiwa kosong. Bila jiwa dah kosong jaminan untuk mencatit sedikit pun tak mampu. Sekarang jiwa terisi, hati didampingi oelh insan yang disayangi. InsyaAllah. Apa pun sebenarnya aku masih terkial-kial perihal untuk mencoretkan sedikit bingkisan hadiah untuk insan teristimewa dan pendamping tegar hidupku.

Siapa? Orangnya cukup istimewa. Bulan JAnuari merupakan tanggal yang cukup berharga buat insan ini. Detik dan tarikh 15 Januari 1961. Aku ingin bingkisankan suara hati seorang anak buat pendamping tegarnya namun idea tersekat dek akal. Cuba untuk siapkan sebuah suara hati untuk diperdengarkan hari istmewa nanti.

Okey la.. Aku nak sambung sekilas catitan untuk siapkan hadiah ni.. InsyaAllah pameran kata-kata yang siap sepenuhnya nanti akan dipertontonkan di sini nanti. Hanya menjelaskan suara hati melalui pameran kata-kata terbukti. Salam...