welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 30, 2011

D.E.T.I.N.A.S.I...!!!

Salam MAAL HIJRAH buat semua. Lama betol tak update blog ni. Masa tak mengizinkan. Kali ni entry aku mungkin lebih serius bila aku terpikir sesuatu yang penting dalam tempoh aku 'berehat'. Apa yang aku pikir sebenarnya ek? hahaha. Kalau korang perasan title entry kali ni pon macam tergantung jer kan. Tapi bagi insan yang sudah mendapat seru atau hidayat dariNya pasti akan terjentik dengan setiap huruf tajuk entry aku kali ni. Haaa... Makin terbelit-belit dah aku ni. Maksud aku bila setiap seorang yang mengimpikan sebuah kejayaan dalam hidup pasti akan memikirkan apa yang aku sedang lalui, bukan la masalah tapi mungkin fasa yang perlu aku lalui.Keluhan demi keluhan, angan demi angan , impian demi impian. Begitulah kehidupan. Kala aku menaip coretan kali ini, hati sayu dan perasaan rindu menyapa perasaan yang paling dalam. Tersenyum sendiri, rindu, sayu, seronok. Hahaha. Apa yang cuba aku sampaikan kali ni kan. Dah lama teratak aku dibiarkan sepi tanpa cerita baru dan coretan hasil ‘air tangan’ aku ni. Hahaha..

Bila aku selesai laksanakan tanggungjawab aku pada diri sendiri dan janji aku pada keluarga aku terlunas akhirnya, terdetik di hati kecil aku, KE MANA ARAH HIDUP AKU SELEPAS INI? Apa yang mampu aku lakukan untuk aku melangkah selangkah dari zon aku sekarang. Apa kerjaya yang sesuai untuk aku bina ‘empayar’ aku untuk kejayaan yang diimpikan oleh setiap insan yang sentiasa mengimpikan sebuah kejayaan. Persoalan dan pencarian jawapan sentiasa bermain di akal. Kadang-kadang, terdetik di hati apabila aku mengenangkan saat-saat manis dan pengalaman pahit yang menjadi ‘sahabat baikku’ tika aku bergelar pelajar. Saat yang paling aku rindui apabila mengenangkan saat aku bergelar pelajar sekolah menengah. Bak kata orang tua, tika remaja masih lagi bertatih mengenal dunia sendiri.


Rindu pada saat-saat aku bergelar pelajar ipta. Sejujurnya dari aku, di sana lah tempat aku belajar mengenal dunia yang sebenar-benarnya dunia. Masalah?? Persahabatan?? Keliru?? Percintaan?? Sesak?? Tension?? Suka?? Sedih??Pahit?? mahupun manis?? Segalanya menjadi satu apabila aku mula melangkah ke alam pengajian tinggi. Segalanya perlu belajar dan melunaskan apa yang perlu dengan kekuatan sendiri. Iya.. Namun perlu kita ingat, hidup jika bersendiri kita akan mudah jatuh dan kita mungkin tak mampu untuk melawan apa yang tersedia untuk kita lalui. Kita perlukan sokongan keluarga dan orang yang terdekat dengan kita untuk kita lalui dan merentasi benteng yang menjadi penghalang untuk kita hadapi. Dunia IPTA memang mencabar namun percayalah ianya akan bertukar menjadi seronok apabila kita dilandasan yang betul dengan tujuan yang SATU. Rindunya aku bila mengenangkan saat-saat bersama rakan-rakan seperjuangan. Pahit manis kami lalui bersama seperti sebuah keluarga besar. Kami hanya ada KAMI.. Kamilah kawan, kamilah musuh, kamilah ibu, kamilah bapa, kamilah kakak dan kami adalah kami.

Sedar tak sedar, aku sudah pun melalui semua fasa tu. Ingin aku memberitahu dunia aku rindukan saat-saat itu. Kalau la boleh, aku nak kembali ke zaman tu. Namun, lumrah manusia. Manusia tidak pernah puas dan bersyukur dengan kenikmatan di depan mata. Macam aku,masa kecik aku tak sabar untuk menjadi seorang yang dewasa. Namun, bila aku sudah mengegah fasa seorang dewasa aku nak sangat balik ke duania kanak-kanak dan pelajar. hahaha. Manusia ooo manusia.

Hidup perlu diteruskan. Sekarang sudah tiba masa untuk aku memikirkan kemana arah tuju hidupku selepas ini?? Samalah kita berdoa agar dipermudahkan olehNya untuk kita menggapai sebuah kejayaan. Kejayaan yang dijanjikan Allah adalah kejayyan yang diiringi dengan usaha yang berlipat kali ganda. Aku harap aku dapat menggengam kejayaan dalam apa jua bidang yang sudah ditakdirkan untukku.

Ok la... Panjang sangat kan entry aku kali ni. Sebelum aku chow, kita layan dulu lagu yang mungkin kena dengan tajuk entry aku kali ni...layannnnnnnnn........yeeepee..yeepee...





No comments:

Post a Comment