welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 13, 2011

Beratnya Ujian ini Ya Allah....

Salam semua... Da lama x update teratak ni kan. Busy sangat. Sampai nak online facebook pon ase mcm xder pape da ngan fb skunk. Pelik kan. Tapi tu la realitinya. Hari ni aku da x tau nak cakap macam mana ag da. Tentu korang pon konfius kan?? Apa plak mimpi minah ni. Melalut jak kan. Ni nak gtau la ni. Aku sedih tapi dalam masa yang sama kena kuatkan diri untuk terima sume ni. Mesti korang lagi x faham dan makin x paham kan. Ermm.... Susah untuk aku luahkan dengan kata2 apatah lagi nak luah mcm ni..

Aku gagal... Gagal buat kali kedua selepas aku berjanji dengan diri aku bahawasanya aku x kan ag gagal. Tapi kali ni kegagalan aku paling perit yang penah aku rasa dalam hidup aku, Result Spm pon x der la frust sampai macam ni sekali sebb terubat bila kita tahu kita dapat sambung study walaupon orang cakap..Ala setakat poli.. Tapi tu la tempat aku menimba ilmu.. Tapi selepas 3 tahun pengajian aku kat sini, aku dikejutkan dengan kegagalan yang paling perit untuk aku terima bila aku sendiri x penah sedia untuk hadapi dan terpaksa terima semua ni dalam sekelip mata. Biarlah apa orang nak cakap..Ila ni ikut sangat perasaan ka..apa ka..lantak korang la..yang paling pasti hanya orang yang ada kat tempat aku jak yang akan ase apa yang aku ase.

Aku kecewakan umi abah aku walaupun umi abah x penah tunjuk kat aku yang diaorg kecewa. bagi aku sendiri, bukan senang untuk aku ambil keputusan ni di mana aku sepatutnya busy n akan meraikan benda yang sama dengan kawan2 aku yang lain bulan 7 ni. Sedih sangat2. Hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi aku da kering airmata memikirkan benda ni. Aku pon x nak kawan2 aku bosan dengan tengok apa yang aku hadapi. Iya la..Mereka pon ada kerja yang penting yang perlu mereka selesaikan. Dan aku pulak nak kusutkan ag kepala dorg ngan masalah aku sendiri. Jadi terpaksa la depan dorg aku tunjuk yang aku okey n boleh terima sume ni walaupon pada hakikatnya aku sendiri sedang usaha untuk aku terima sume ni..

YA ALLAH... Jika ini ujian yang telah KAU sediakan untukku..Kuatkan la semangat aku. Berikan la aku masa dan ruang untuk aku kembalikan semangat yang penah KAU berikan padaku. Berikan la aku semangat untukku menebus kembali kegagalan aku ini..

Ok la.. Sebelum aku tutup kisah mengarut aku ni.. Kita layan bpe keping gambar yang akan menjadi kenangan untuk aku. Aku nak diaorang tau, diaorang kawan terhebat yang penah ada dalam hidup aku. Aku sayang korang n aku doakan korang berjaya mengejar cita2 masing2. Good Luck untuk final presentation k. layannnn....


Ok la... Setakat ni jak mampu aku taip kali ni.. Aku sedih tapi aku terpaksa kuatkan diri. Untuk kawan2 yang akan present final projek, good luck untuk korang k terutamanya kat kiera,zue,sukin,shila,cik yah,sha,kinah,ain,asma,tinie n wani. Kasi gempak k projek tu. Ila doakan korang sume. Untuk classmate gak..Good Luck for all of you..Aku bla dulu..daaaa...salam...


No comments:

Post a Comment