welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 29, 2011

say Good Bye to 2011!!

Selamat tinggal 2011. Terima kasih atas pengalaman yang telah tersedia yang telah aku lalui. Pelbagai pahit manis aku hadapi. Pengalaman pahit aku jadikan sebagai semangat untuk aku mulakan dengan keyakinan dan semangat yang berbeza. Apa yang aku lalui akan aku jadikan pendorong untuk aku agar kepahitan dan kelat yang terpaksa aku telan tidak akan berulang buat kali kedua atau kali ketiga.

Pengalaman manis? Mestilah ada. Tidak semua yang aku lalui pada tahun yang bernombor 2011 ini pahit dan kelat. Ada manisnya yang tersedia iuntuk aku. Seperti yang dijanjikan olehNYA, pada sesiapa hambanya yang diuji bermaknan hambanya ini disayangiNYA. Aku bertuah bukan? PAhit yang Illahi sediakan untuk aku pada dasarnya memang tak tertanggung beratnya dek bahu, tak terfikir dek akal yang waras. Tapi segalanya aku lalui dan akhirnya, inilah aku pada hari ini. Tangis tawa aku, ku pahat kukuh dalam diari hidupku.

Apa yang aku harapkan agar apa yang aku lalui pada tahun ini menjadi pemangkin dan panduan untuk aku mulakan kehidupan di dunia sebenar. Untuk aku menjadi manusia sebetulnya manusia. Segalanya terpulang pada aku sendiri untuk mencipta siapa aku. Azam baru yang dipahat tidak akan menjadi realiti tanpa sebarang usaha dari aku sendiri. Right? Aku doakan agar apa yang aku impiakan pada tahun bernombor 2012 dan seterusnya will be comes true.. Wassalam.....



MuasabahDiri.HiasiPeribadi --- Kenikmatan sesebuah kejayaan akan dapat dirasai nikmatnya apabila disertakan dengan usaha, keikhlasan dan ketaqwaan padaNya.

No comments:

Post a Comment