welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 14, 2011

Kasih Yang Tercipta?

Kasih yang tercipta untuk kita adalah perkara subjektif. Siapa, mengapa, bila dan bermacam persoalan terawang-awang di kotak fikiran kita. Kalau la kita boleh tengok persoalan yang berlegar tu dengan mata kasar kita aku rasa bertambah tekanan untuk hidup. Segalanya yang diciptakan oleh Yang Esa sudah termaktub 'cantik' alirannya.

Kasih yang tercipta untuk kita dicipt an terciptada dari pelbagai sudut. KAsih kita pada Maha Pencipta. Ia kasih yang hakiki. Kasih yang kekal abadi. Kasih kita pada keluarga. Kata orang kasih pada ibu bapa membawa ke syurga.

Kasih kita pada sahabat, teman, kawan dan sebagai. Kasih yang tercipta untuk keadaan dan situasi ini kasih yang memerlukan 'penglihatan' yang tajam agar kita tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.

Tak kisah la kasih itu untuk siapa, terpulang pada kita untuk menilai kasih yang dianugerahkan untuknya. Kasih ini perlu untuk kita meneruskan kehidupan kerana kita tak mampu hidup yang penuh dengan kebencian.



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Kasih yang dianugerahkan untuk kita tidak semestinya kasih sementara namun tidak sewajarnya kita meletakkan kasih itu di tempat tertinggi kecuali kasih padaa Illahi kerana itulah kasih yang kekal abadi. Sama-samalah kita jadikan sebagai renungan.

No comments:

Post a Comment