welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 9, 2011

Akhirnya...

Salam semua.. Salam jumaat buat semua kenalan. Macamana dengan hari ni? Harap semuanya dipermudahkan la kan. Untuk ku sendiri hari ini berjalan seperti sedia kala. Hanya kekuatan iman dan hati penguat segala yang tersedia untuk aku tempuhi. Kadang-kadang kedaifan kita dalam melayari kehidupan sebetulnya memakan diri dan perasaan kita. Namun siapa kita untuk melawan takdir dri Illahi. Aku percaya apa yang tersedia untukku adalah yang terbaik dariNYA. Hanya satu yang mampu ku pahat kukuh dalam hatiku, apa yang telah MAHA ESA sediakan untuk aku adalah yang terbaik untuk hambanya. Mungkin kebaikan itu tidak bisa aku rasai kenikmatannya dalam waktu terdekat, namun kenikmatan yang tersimpan utukkku adalah kenikmatan hakiki. InsyaAllah.. PERCAYA PADA TAKDIR DAN BERSERAH DENGAN SEIKHLASNYA ADALAH SENJATA UNTUKKU.

Kenapa macam berbunga-bunga ayat aku hari ni kan. Pernah aku coretkan dulu, di blog aku ni segalanya untuk aku. Luahan, pandangan, kejian, pujian dan sewaktu dengannya di sini. INilah dunia aku dan inilah aku. Aku tak minta untuk rasa dan lalui semua ini. Namun aku perlu percay pada qada dan qadar dari YANG ESA. Dibukanya mata hatiku untuk melihat kebenaran agar tidak aku rasa kebahagiaan palsu dan dusta dari insan yang bernama lelaki. Iya.. Sebetulnya aku sedih namun itulah yang terbaik untukku.

Aku redha dengan semua ini. Namun aku pinta pada mu YANG TUHAN...IKHLASKAN AKU DENGAN KEREDHAAN INI AGAR AKU DAPAT MELAYARI KEHIDUPANKU DENGAN KEIKHLASAN YANG HAKIKI. Hanya itu sahaja harapanku. Selebihnya aku serahkan hidup dan matiku, qada dan qadar kehidupan pada Yang MAha Mengetahui. Aku bersedia untuk memulakan fasa yang baru untuk hidupku. Fasa yang lebih memberikan aku jaminan yang utuh untuk masa depanku. Ingatlah wahai kaum Adam.. JANGAN DICABAR KESABARAN KAUM HAWA INI KERANA TANGAN INI MAMPU MENGONCANGKAN DUNIA. Itulah kelebihan yang telah dijanjikan Yang ESa.

Apa pun, aku mulakan kehidupan baruku dengan keredhaan yang ikhlas. Siapa pun untukku kelak,aku terima. Siapa pun bakal menjadikan aku pelengkap rusuk kirinya kelak, dialah hidupku..Dia lah syurgaku. Hanya yang mampu ku lakukan sekarang ku panjatkan doa agar pendampingku kelak adalah yang terbaik untuk kedua ibu bapaku, terbaik untuk adik beradikku, yang terbaik untuk untukku dan yang terbaik untuk anak-anakku kelak. By the way, sekarang masa untuk aku fikirkan ke mana arah tuju hidup aku dalam mencari jaminan untuk kehidupanku kelak. PEKERJAAN YANG TETAP. That's my next destination. Yang lain aku tolak ke tepi termasuklah soal hati dan perasaan serta lelaki.

Ermm.. Dah kehabisan modal sebtulnya. Kepala masih sarat dengan masalah yang datang tanpa diduga dan dipinta. Seharusnya aku bersedia bukan. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan diri. Okey lah sahabat semua. entry kali ni dah sampai penghujung ayat dan baris. Semoga kita bertemu lagi di lain entry yer. Maybe berita yang menggembirakan..InsyaAllah. Wassalam...


MuasabahDiri.HiasiPeribadi (warkah buat kaum Hawa) -- Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau bakap memperolehi keredhaan Allah. Cintailah kelurgamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta keluarga.

No comments:

Post a Comment