welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 27, 2011

Titik Noktah

Siapa kita selepas titik noktah? Apa maksud dengan titik noktah itu sendiri? Sedarkah kita dengan kelalaian duniawi atau kita masih terpinga - pinga mencari kebahgiaan hakiki? Persoalan sentiasa berlegar dalam 'komputer' ciptaan Illahi. Apabila persoalan sentiasa menghantui kita, percaturan perlu dilunaskan bagi mencari dan menjejaki kebahagiaan impian.

Sebenarnya tidak semestinya hanya itu yang perlu kita 'iramakan' dalam kotak fikiran kita. Arus kehidupan yang sedang kita lalui dan jalani ini juga memerlukan titik noktah. How can i expain?? Apa yang sedang bermain di minda aku ni adalah satu perkataan yang tersangat simple tapi aku nak coretkan disini untuk dikongsi bersama adalah tersangat sukar bagiku.

Apabila kita melalui satu persatu kenikmatan dugaan yang tersedia untuk kita, apa yang sentiasa kita fikir ialah "BILALAH SEMUA INI MAHU BERAKHIR? Right? Sebenarnya bagi pandangan aku sendiri pengakhiran bagi sesuatu cerita atau 'sketsa' bagi dugaan yang kita tempuhi ini adalah permulaan lembaran baru pada kehidupan kita yang seterusnya. So, apa yang kita perlu untuk membuka lembaran baru itu? TITIK NOKTAH!! Right??

So, jalanilah kehidupan kita dengan secermat mungkin. Bagi aku sendiri, tahun 2011 memberi aku seribu satu pengalaman manis dan pahit. Namun aku gagahkan untuk menelan segalanya walaupun kelat ku rasa pahit menanti. Sokongan, dorongan, restu, kekuatan dan semangat sentiasa menjadi milikku selagi insan yang sentiasa menjadi pendamping tegarku keluargaku.

Bagi insan yang pernah aku sakiti atau menyakiti, aku hanya mendoakan kamu bahagia seadanya kerana bagiku cerita kita hanya sejarah. Percayalah aku telah titipkan satu noktah untuk sejarah kita. Mustahil untuk aku berpaling dan memadam titipan noktah tu. Dalam masa yang sama aku hargai apa yang pernah kau korbankan untukku. Sekarang aku buka lembaran baru dan karangkan satu cerita baru untuk kisahku. Wassalam.



MuasabahDiri.HiasiPeribadi --- Segala yang tercoret disini adalah pengalaman yang pernah aku lalui. Bukan niat untuk membuka pekung didada jauh sekali menjaja yang tidak sepatut. Tapi apa yang lalui ini diadaptasi dengan penulisan yang bebrbeza. Kerana INILAH AKU. :)

No comments:

Post a Comment