welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 8, 2011

Kemaafan yang tertangguh....

Salam semua.. Salam tengahari. Salam khamis buat semua. Perjalanan kehidupan harian untuk hari ini usai separuh perjalanan. Mata masih lagi segar dikala tangan aktif menaip untuk entry kali ini. Kesejahteraan kesihatan masih menjadi milikku. Alhamdulillah. Kali ini terdetik di hati untuk aku 'cabut' sedikit dari hati yang tengah dilanda kegusaran. Gusar akibat masalah yang melanda? Setiap seorang manusia yang hidup di muka bumi Allah SWT ini 'dihadiahkan' dengan pelbagai masalah. Keasyikan hidup dan keghairahan dalam meniti hari-hari yang mendatang melalaikan dan kadang kala membunuh jiwa seseorang. Aku terpanggil untuk mencoret apa yang diperkatakan hati dan ditafsir oleh akal yang waras untuk sama-sama menjadi renungan sejenak semua ini.

Kemaafan yang tertangguh?? Segalanya pasti dalam hidup ini. Perkataan maaf sering diperdengar oleh kita sejak kita mengenal dunia dalm meniti usia kanak-kanak sehingga seusia ini. Perkataan yang mudah diungkapkan namun keikhlasan sukar ditafsir oleh penerima daripada si pemberi. Perkataan yang mudah difahami namun sukar untuk diamati spesifikasi maksud itu sendiri.

Dalam aku meniti hari yang penuh dengan warna dan corak, aku disapa seseorang yang aku kenali namun kadang kala aku sendiri sukar menafsir rentak individu ini. Terlebih layanan dituduh memberi harapan dan tak terlayan dituduh bagai sombong. Beginilah hidup. Aku tak mampu untuk menggembirakan hati semua pihak dari semua sudut posisi. Yang hanya aku mampu lakukan sekarang tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Bukan niat aku untuk menangguhkan kemaafan yang dipinta cuma aku memerlukan masa untuk memberi kemaafan ikhlas. Aku bukanlah sesiapa yang berhak menghukum dan dihukum. Aku hanyalah manusia biasa yang masih bertatih dalam meniti hidup sebagai remaja dalam meniti dunia dewasa. Aku masih perlukan sokongan, dorongan, kata-kata nasihat dan motivasi untuk diri sendiri.

Sehingga saat ini, wahai si penerima.. Aku maafkan segalanya dan aku mengharapkan kemaafan yang sama dipihak sana. Maafkan aku jika disebabkan aku, si penerima terpaksa melalui fasa hidup yang getir. Tidak terlintas difikiran aku untuk menghukum si penerima, cuma masa yang dituntut untuk aku. Sekarang aku rasa aku bebas. Bebas dari genggaman si penerima. Bebas untuk meniti hariku yang belum ada jaminan yang utuh untuk aku meniti arus dunia yang semakin mencabar. Aku doakan si penerima akan meniti kebahagiaan hakiki satu masa nanti. Aku hanya mendoakan kebahgiaanmu dari jauh.

Bagi diri ku yang bakal menjengah usia 22 tahun, masih terlalu awal untuk aku melafazkan kata-kata cinta yang serius. Namun aku bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang. Keluarga yang sentiasa disisi ku, menerima baik buruk sikapku, sentiasa memberi aku ruang untuk aku belajar membuat keputusan untuk aku tetapkan arus dan laluan hidupku. Namun semua ini, tidak akan mengubah apa-apa dipihakku. Kelurga masih keutamaanku. Keputusan yang aku fikir terbaik untukku tidak semestinya baik dimata kedua ibu bapaku. Atas dasar itulah, Perbincangan itu perlu, dan iya.. Aku selesa dengan apa yang dituntut dan menuntut aku merasai apa yang aku alami sekarang. Aku mempunyai teman-teman yang sentiasa menjadi pendamping setia kala susah dan senang,sunyi dan gembira. Insan istimewa yang sentiasa sabar melayan kerenah aku yang bermacam, menjadi teman untuk aku berbicara dan terima kasih kerana menerima aku seadanya aku. Walaupun ego dan ketidakfahaman masih menebal dalam perhubungan kita sekarng. Namun ku berserah pada takdir bagi semua ini.

Namun 1 sudut dihatiku masih lagi kosong untuk aku memahat kukuh nama yang masih menjadi tanda tanya untuk diriku sendiri. Namun, doa ku agar insan yang bakal namanya ku pahat diruang hatiku satu hari nanti adalah insan yang menjadi pendamping setiaku, pendengar segala masalahku, penemanku hariku dan CINTA ABADI KU SAMPAI SYURGA. InsyaAllah. Bukanlah mendoakan insan yang menjadi temanku hari ini,namanya tidak akan ku pahat. Namun doaku agar insan yang bakal menjadi syurgaku, bakal menjadi ketua hidupku, bakal menjadi pemimpin untuk mengemudi keluargaku kelak, bakal menjadi keutamaan hidupku kelak dan bakal menjadikan aku pelengkap rusuk kirinya satu hari nanti adalah insan yang benar-benar dijadikan untukku. Menjadi bahu untuk aku tumpang menangis dan ketawa, menjadi penyelamat pada setiap inci dunia hidupku dan menjadi segalanya dalam hidup ku. Yang penting menjadi cinta ketiga yang kekal untukku selepas cintaku pada MAHA PENCIPTA dan KELUARGA.

Okeylah. Coretanku kali ini sampai ke penghujung baris dan ayat. Semoga hari-hari yang bakal ditempuh dapat dilalui dengan ukiran senyuman dan keredhaan kerana itulah ubat segala kepahitan dan ‘kenikmatan’ musibah yang disediakan olehNYA untuk kita. Apa pun..Hiasi hidup dengan senyuman dan keikhlasan. Wassalam...


Muasabahdiri.Hiasiperibadi --> Mencari keredhaan adalah dituntut untuk mewarnai kehidupan pada landasan dan jalan yang diredhai..

No comments:

Post a Comment