welkam


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 11, 2011

Aku Merdeka!!

Salam sume..Entry yang ke-3 untuk tarikh yang sama tapi masa yang berlainan. Nak share berita gumbira ni. Hahaha. Apa lah sangat tapi tak apalah agak-agak aku rajin menaip dan mengadap laptop ni apa salahnya aku post entry terbaru untuk cerita yang baru. hehe

Akhirnya aku berjaya. Berjaya? Berjaya tamatkan pengajian diploma aku. Tidaklah cemerlang tahap yang tertinggi tapi untuk diri aku sendiri ini 1 kejayaan yang mana inilah usaha aku dan inilah hasil yang aku peroleh. Tidaklah sesenang yang dijangka sebenarnya bila kita di nak tamatkan apa yang kita mulakan. Jadi inilah penamat untuk aku bagi fasa ini tapi permulaan untuk hidup yang baru dan cabaran serta suasana yang baru Bersedia ke aku?? Biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Pada aku, hanya keyakinan yang jitu,usaha dan restu menjadi bekalan untuk aku meneruskan fasa seterusnya.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan sejuta terima kasih pada semua yang sentiasa disisi terutamanya kepada umi abah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku. Tidak dapat dinafikan, restu mereka adalah kunci kejayaan aku. Pada kedua adik beradik yang tersayang. Kasih sayang dari kak ya dan adik iwan sememangnya kekuatan untuk ila. Terima kasih. Percayalah, ini semau untuk mereka. Tiupan kasih dan sayang pada kelurgaku akan sentiasa menjadi milik mutlak mereka. Mereka tiada galang gantinya.

Pada teman-teman yang sentiasa bertanyakan khabar berita dariku. Walaupun jauh namun bukanlah 1 benteng penghalang untuk menjalinkan ukhwah yang tersedia. Sikap give and take mereka perkenalkan pada aku. Terima kasih sebab memahami dan sentiasa mengambil berat. Secara keseluruhan, terima kasih pada semua. Aku happy dan gembira sangat.hehe



MuasabahDiri.HiasiPeribadi -- Siapa pun kita hari ini, permulaannya ialah dari restu ibu dan bapa. Siapa pun kita esok hari pengakhirnya adalah dari doa ibu dan bapa. Pendek kata, sebesar mana darjat kita, setinggi mana kita diangkat, ingatlah dimana permulaan segala ini kerana untuk mempertahankan sesuatu adalah lebih sukar daripada mendapatkan sesuatu.

No comments:

Post a Comment